Viral

PU Riz, Ustazah Isfadiah Dilantik Ikon Jemaah Haji - "Apa Akan Jadi Selepas Balik Haji Itu Yang Penting"

gempak
Amri Hassan
04/12/2024
18:07 MYT
Sponsor Banner
PU Riz, Ustazah Isfadiah Dilantik Ikon Jemaah Haji - "Apa Akan Jadi Selepas Balik Haji Itu Yang Penting"
Pendakwah yang juga suami kepada selebriti popular Neelofa iaitu PU Riz dilantik sebagai ikon jemaah haji syarikat Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd.
Bersama-sama dengan PU Riz, pendakwah popular Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki turut dilantik bersama sebagai ikon syarikat pelancongan itu. Manakala, YM Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah dilantik sebagai Penasihat Syariah.

BERITA TRENDING: Penumpang Wanita Tolak ‘Offer’ PU Riz Nak Bagi ‘Window Seat’ Dalam Flight - “Sungguh Melucukan Bagaimana Seseorang…”

BERITA TRENDING: Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

Jelas Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, Datuk Mohd Idzham Mohd Isa, ia bagi memberikan pengalaman penuh ilmiah kepada bakal Jemaah Haji yang bakal disantuni musim haji 2025.
“Perlantikan Tengku Aziz sebagai Penasihat adalah tepat kerana pengalamannya yang banyak dalam bidang haji dan umrah, manakala PU Riz akan membimbing jemaah lelaki dan Ustazah Isfadiah pula akan membimbing jemaah perempuan.
“Dengan adanya Ustaz Tengku, Mantan Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji dulu sebagai penasihat kami, dapatlah dia memberi tunjuk ajar pada Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, jemaah bagaimana untuk mendapat haji yang mabrur. Sebab itulah yang semua orang cari sewaktu mengerjakan ibadah haji.
“Dari segi bimbingan haji, kami akan adakan modul-modul forum Islam, tadabur Al Quran, khatam Al-Quran dan macam-macam lagi agar sekembalinya dari haji, jemaah akan jadi insan yang lebih baik sesuai dengan tagline kami insan berilmu, beramal dan beragama.
"Sekarang masyarakat dekat luar sana tercari-cari untuk menunaikan haji. Apa akan terjadi selepas balik dari mengerjakan ibadah haji itu yang penting. Samada seseorang itu akan jadi lebih baik atau macam itu jugak dan tidak ada sebarang perubahan," jelasnya.

BERITA TRENDING: “Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

Sebelum ini Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, telah beroperasi lebih 12 tahun sejak 2012 menyediakan perkhidmatan umrah dan pelancongan. Terbaharu Glocal Travel kini diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada tahun hadapan.

Butler haramain

Menurut Idzham lagi, bagi melicinkan perjalanan di Mekah dan Madinah, mereka telah menubuhkan pasukan 'Response Unit' yang akan mengendalikan kenderaan jika ada Jemaah yang sakit atau demam, ataupun 'butler' Haramain lebih kepada pegawai rencam di sana. Sebagai contoh, untuk penghantaran Jemaah ke dobi atau pun untuk membeli makanan.
Anak kelahiran Kedah ini menambah, syarikatnya melayani semua Jemaah kami dari golongan B40 hingga terbaru ada T15 pada kadar sama rata.
“Secara purata setiap tahun kami mengendalikan 8,000 jemaah umrah dengan lima jenis pakej yang kami sediakan. Dari pakej Rahmah serendah RM5990 dan pakej mahal yang duduk dekat dengan Masjidil Haram harganya lebih kurang 8 ribu ke atas.
“Kami juga turut membawa golongan VVIP, korporat, pengarah urusan bank, ahli-ahli parlimen dan lain-lain lagi. Pakej yang kami tawarkan juga turut menyediakan lawatan ke Taif dan Badar, hotel dan makanan 'full board' seperti Nasi Dulang, Ayam Al Baek, ayam yang dipanggang dan masakan Malaysia. Tambahan pula, 35 pakej perkhidmatan dan barang kepada jemaah termasuk 6 set lengkap beg.
“Walaupun mereka ambil pakej umrah yang murah mahupun yang mahal, kami tetap bagi layanan sama rata. Ada makan, ada ustaz untuk membimbing semua jemaah, ceramah semua sama, pengisian di sirah nabi di Mekah dan Madinah…yang bezanya hanya jarak hotel sahaja. Kalau saya pilih kasih lebih baik jangan buat bisnes ini…saya kena bagi sama rata khidmat yang diperlukan Jemaah," kata Idzham yang menyediakan lebih 60 orang mutawif di Mekah dan 18 orang staff di Madinah.
Jelas Idzham yang mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia, kriteria untuk dapat lesen haji ini memang susah kerana ada pelbagai kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah syarikat itu dipilih.
“Jadi kami amat bersyukur dan bersedia untuk membimbing jemaah haji dengan sebaik mungkin pada masa akan datang. Sekarang misi kami ingin membimbing jemaah haji agar ibadah mereka berkat dan mereka dapat menjadi insan yang lebih sempurna. Lagipun saya memang teruja nak bawa jemaah haji ini secara tidak langsung saya juga dapat menunaikan haji.
“Bagi pastikan pakej haji syarikat kami terjamin, kami sudah membuat tempahan dan membayar deposit hotel di Mekah dan Madinah. Semua ini dilakukan bagi memastikan jemaah dapat apa yang kami janjikan seperti keselesaan dan keselamatan Jemaah," ringkasnya.

Perjanjian dengan syarikat penerbangan

Kata Idzham lagi, bagi mengelakkan kes-kes penipuan syarikatnya telah menandatangani perjanjian bersama syarikat penerbangan untuk bagi satu musim.
“Walaupun mana-mana pakej umrah tidak terjual lagi, namun kami telah tandatangani penerbangan dan menempah hotel untuk satu musim bagi mengelakkan sebarang masalah. Kalau ada 8500 orang peserta, kami tetap tempah sehingga 10,000 tempat. Pernah juga kami tempah 15,000 tempat untuk sepanjang musim umrah.
“Matlamat kami untuk setiap jemaah dapat jejakkan kaki ke bumi Tanah haram( Haramain) untuk tunaikan umrah. Walaupun nampak macam mudah nak buat umrah namun jangan sekali-kali melanggar hukum hakam kerana banyak ilmu agama yang perlu mereka pelajari. Ada Jemaah yang pergi sendiri tanpa bantuan mutawif, pastikah betul umrah yang dilakukan, habis tujuh pusingan tawaf, masalah haid wanita dan mekap yang dikenakan dan lain-lain lagi," ujarnya.
Idzham yang memulakan bisnes ini sejak berusia 25 tahun berkata, beliau meletakkan target enam hingga tujuh ribu orang yang akan mengikuti pakej umrahnya pada tahun depan.
“Sebelum ini kami bawa lebih lapan ribu peserta umrah dan mungkin tahun depan sukar sedikit disebabkan ekonomi sesebuah keluarga, mana nak Hari Raya, budak nak kembali bersekolah dan masalah cuti yang pendek dan macam-macam lagi.
“Tahun depan kami dapat enam hingga tujuh ribu peserta umrah pun sudah memadai. Buat masa sekarang dah ada lebih empat ribu orang yang berdaftar nak tunai umrah setakat Disember ini," tambahnya.
Dengan kecekapan dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan, tidak hairanlah sekiranya, Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, terpilih untuk mendapat dapat lebih 13 anugerah antaranya Top 5 Agen dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, Thailand, Air Asia x Jeddah bagi kategori Best Performance Agents (2014, 2015, 2016, 2017, 2018), Anugerah Usahawan Muda Terbaik (2015) dari SME Bank Award For Young Entrepreneur dan Enterprise 50 Award SMECORP (2019)- Kedudukan ke 29 Best Enterprise Company by SME Corp, Telekom Malaysia, RHB Bank,Star dan Deloite.
Untuk yang berminat dengan pakej umrah, haji atau pun pelancongan boleh hubungi 012 950 5966 atau layari laman web www.glocal.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024