,
Laman Utama

PU Amin Puji Aisar Khaled Islamkan Seorang Lelaki - "Cuma Dia Perlu Bimbingan Pihak Berkuasa Agama"

Amri Hassan
28/09/2021
04:39 MYT
Pendakwah selebriti, PU Amin memuji dan menyokong tindakan pempengaruh, Aisar Khaled berkongsi videonya mengIslamkan seorang individu lelaki di media sosialnya baru-baru ini.
BACA: Islamkan Seorang Individu, Tindakan Aisar Khaled Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Bukan Tak Boleh, Cara Tu Tak Betul..”
Jelas Amin, kandungan sedemikian harus diperbanyakkan di media sosial agar menjadi contoh kepada orang ramai untuk mengajak lebih ramai lagi mendekati Islam.
"Tahniah saya ucapkan buat adik Aisar Khaled atas usaha dia untuk buat content agama harus dipuji. Kenapa tidak content ini dibanyakkan?
"Cuma dia perlu dipandu dan dibimbing oleh yang memahami. Insya-Allah. Allah lihat usaha baik anda. Saya sokong!" kata Amin.
Bagaimanapun, tegas Amin, Aisar perlu dibimbing oleh individu atau pihak berkuasa agama bagi memelihara akidah saudara baru Islam.
"Salah ke Islamkan orang? Tak salah, pahala lagi dapat. Alhamdulillah. Cuma kalau boleh buat dengan pihak berkuasa agama, sebab ramai yang Islamkan kemudian tinggal macam tu.
"Akhirnya, dia kembali kepada agama bukan Islam.
"Bila kita Islamkan orang, maka kita dibebankan dengan tangggungjawab agar akidah orang yang kita Islamkan tadi terpelihara. Namun saya percaya semua faham hal ini," tambahnya.
Susulan video yang viral itu, kongsi Amin lagi ada dalam kalangan kenalannya yang bukan Islam bertanya tentang kesahihan syurga dan neraka.
"Kawan bukan Islam saya tanya, dia tengok video dan tertanya-tanya, dia kata orang yang ucap syahadah masuk syurga, nama dan tulis dalam syurga. Habis kami yang bukan or belum Islam lagi ni masuk neraka ke?
"Soalan perlu dijawab dengan ilmu yang baik. Agar agama tak jadi bahan. Sebab itu penting kita nak Islamkan orang di jalanan dengan nasihat dan panduan dari pihak berkuasa agama.
"Disiplin ini cukup rumit. Namun, Insya-Allah ia satu pengajaran dan pedoman untuk kita buat akan datang," ujarnya.
Tular baru-baru ini di media sosial apabila Aisar mendedahkan telah berjaya mengIslamkan seorang individu yang kerap dibantunya sebelum ini.
Namun, usaha Aisar itu mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.