,
Laman Utama

Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Tetap Heret Kes Saman 5 Sekawan Ke Mahkamah!

Amri Hassan
20/10/2021
07:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana meneruskan kes saman fitnah terhadap lima sekawan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini sleepas proses mediasi (rundingan secara baik) mencapai jalan buntu.
Nana, 36, bagaimanapun enggan mengulas butiran berkaitan mediasi yang dianggap gagal dan sekaligus membawa kepada perbicaraan di mahkamah.
Dalam masa yang sama, Nana juga tidak mahu mendedahkan sama ada kegagalan mediasi itu adalah berkaitan dengan sejumlah wang yang dituntut.
"Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Tapi kami menghormati kedua-dua pihak.
"Yang pastinya tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamah laa," ujar Siti Nordiana selepas selesai prosiding mahkamah kepada media.
Manakala peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates pula menjelaskan tiada kata sepakat dicapai menyebabkan perbicaraan diteruskan.
"Sebenarnya plaintif dan defendan sudah menjalani proses mediasi atas saranan mahkamah , tetapi tiada kata persetujuan dan penyelesaian antara mereka. Jadi terpaksa sambung untuk perbicaraan penuh.
"Tentang proses mediasi, apa yang boleh saya komen memang tak berjaya. Ini disebabkan kami menghormati pihak sebelah sana (defendan)," katanya.
Peguam Azlan Razak dari Azlan Razak Associates yang mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura berkata, terma-terma yang dibincangkan kedua-dua pihak tidak dipersetujui dan terpaksa dibawa kepada perbicaraan.
"Saya minta maaf, kedua-dua pihak dan mahkamah bersepakat untuk tidak mendedahkan apa yang dibincangkan sepanjang proses mediasi," jelasnya.
Perbicaraan mahkamah akan bersambung pada 19 dan 25 November serta 17 Disember depan.
Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Siti Nordiana selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates dengan menamakan Lan Solo, Nur Sheila dan Syura, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.
Dalam saman itu, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Writ saman yang dihantar secara e-mel itu, turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Sumber: Wilayahku
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar