gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mimi Lana Luah Rasa Kecewa, Buli Tak Sepatutnya Berlaku Di Sekolah -“Mak Ayah Hantar Suruh Cari Ilmu, Bukan Berlagak Gangster”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Milik Siapakah Gelaran Juara? Mari Semak Lagu Minggu Akhir Dengan Tema The Grand Encore
HIBURAN
PM Beri Sumbangan, Amir Raja Lawak: “Beliau Kata Saya Perlu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dayang Nurfaizah Terhibur Dengar Peminat Sorak Suruh ‘Kahwin’ Dengan Hael Husaini - “Terima Kasih, Doa Yang Baik-Baik”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/08/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Dayang Nurfaizah Terhibur Dengar Peminat Sorak Suruh ‘Kahwin’ Dengan Hael Husaini - “Terima Kasih, Doa Yang Baik-Baik”

Penyanyi, Dayang Nurfaizah akui terhibur selepas mendengar sorakan peminat yang memintanya untuk berkahwin dengan Hael Husaini ketika kemunculannya di konsert Hael Husaini & Repertoire pada Jumaat.

Menurut Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty, 44,dia menganggap reaksi tersebut sebagai sesuatu yang manis dan lucu.

“Bila dengar itu saya tergelak, sangat comel, terima kasih. Saya fikir kita kena hormat peminat jika mereka mahu padankan kita dengan sesiapa. Perkara ini bukan hanya terjadi di Malaysia, malah juga di Hollywood. Peminat suka ‘ship’ (kenenkan) artis.

“Saya harap mereka terus sokong saya dan Hael cuma tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih dan doakan yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Dayang ditemui Gempak di Crowne Plaza Kuala Lumpur seusai konsert Hael Husaini & Repertoire.
Sementara itu, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 37, berpendapat sorakan tersebut mungkin ditujukan kepada pasangan selebriti lain yang turut berada di lokasi.

“Saya rasa sorakan itu bukan untuk saya dan Dayang, mungkin untuk pasangan lain. Tidak mengapa, saya anggap itu sebagai salah satu cara lagu-lagu saya diraikan.

“Ada lagu saya yang sedih, ada juga yang meraikan kebahagiaan. Bila orang mendoakan, itu sudah menjadi kejayaan terbesar malam ini,” katanya.

Suasana di Zepp Kuala Lumpur menjadi gamat apabila peminat melaungkan perkataan ‘kahwin’ berulang kali ketika persembahan duet mereka.

Dayang hadir memeriahkan konsert sulung Hael itu dengan menyampaikan dua lagu popular, Haram dan Hari Ini.

Sebelum ini, khabar angin kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa pernah tular apabila kedua-duanya memberi bayangan sudah tidak lagi solo.

Pada Jun lalu, timbul pula dakwaan Dayang sudah bertunang, namun kedua-duanya menafikan dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat.

Topic Berkaitan
#Kahwin
#Dayang Nurfaizah
#Hael Husaini
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement