HIBURAN
Ahmad Dayyan Tak Anggap Diri Hebat Berbanding Kakak - “Tiada Istilah Siapa Lagi Popular, Kami Berdua Sama”
Penyanyi, Ahmad Dayyan tidak menganggap dirinya popular selepas video nyanyiannya bersama Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tular baru-baru ini.
Menjawab mengenai perbandingan yang beranggapan suaranya lebih menyerlah berbanding kakaknya, Umairah, Amad berkata tiada keperluan untuk membuat perbandingan itu.
Bagi Amad, tiada istilah siapa lebih popular atau menyerlah kerana bakat mereka berdua adalah seimbang.
“Tiada istilah siapa lagi popular, walaupun ada yang membandingkan kami tapi pada saya kami berdua sama sahaja, tak ada lebih tak ada kurang.
“Malah kakak juga selalu pesan buat yang terbaik dan dia juga sentiasa memberikan sokongan daripada belakang,” katanya.
Amad berkata demikian ketika ditemui pada sidang media cawangan terbaharu Kopi Saigon milik pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz yang berlangsung di MyTown, Cheras pada Rabu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perubahan hidupnya selepas tular, Ahmad berkata pengikut Instagramnya semakin bertambah selain mula dikenali ramai orang.
“Ramai yang minta untuk ambil gambar bersama, panggil untuk minta menyanyi sedikit pun ada juga tapi saya okay aahaja.
“Pengikut Instagram saya juga sudah semakin bertambah tetapi syukur saya tidak dapat mesej yang pelik-pelik.
“Setakat ini saya boleh sesuaikan diri selepas orang mula kenal, saya okay sahaja. Kawan kawan saya pun okay, mereka juga beri sokongan,” katanya.
Terdahulu, Amad mula mendapat perhatian apabila muncul membuat video nyanyian bersama kakaknya yang juga penyanyi, Umairah.
Must-Watch Video