,
Berita

Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Esok

Gempak
06/06/2024
02:42 MYT
Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada Jumaat bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu selepas tempoh reman tamat pada Jumaat.
"Esok kita akan mohon untuk menyambung reman," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

BERITA TRENDING: Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

BERITA TRENDING: Datuk Zayn Rayyan Sahkan Sudah Lantik Peguam Baharu

BERITA TRENDING: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

BERITA TRENDING: Belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan direman - KPN

Pada Rabu, media melaporkan peguam ibu bapa Zayn Rayyan memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu mereka yang kini dalam tahanan reman.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu, Fahmi Abd Moin dilaporkan berkata, beliau sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertemu namun tidak dibenarkan.
Pada 1 Jun, Hussein mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada jam 10.05 pagi, 31 Mei, bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.
Pada 5 Disember tahun lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran kawasan saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

BERITA TRENDING: Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

BERITA TRENDING: Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu Bapa Ditahan Reman 7 Hari - KP Selangor

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

BERITA TRENDING: Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Berpakaian Sama Seperti Gambar Yang Ditularkan – “Sayu Hati Saya Apabila…”

BERITA TRENDING: Ras Adiba Tak Setuju Menu Rahmah Berisiko Sebabkan Autisme, Mohon Hormat Sensitiviti Golongan OKU

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.