,
Bollywood

Perusuh Mengganas Kerana Berang Dengan Jalan Cerita Filem Padmaavat

Mya Amri
30/01/2018
05:26 MYT
Di New Delhi, sekumpulan perusuh dilaporkan melakukan keganasan di banyak tempat untuk menentang tayangan filem Padmaavat.
Semuanya gara-gara berang dengan jalan cerita filem Padmaavat yang bagi mereka mencemar kehormatan ratu legenda Hindu yang tergolong dalam kasta kesateria Rajput.
Orang ramai menyatakan kemarahan mereka apabila sekumpulan perusuh membaling batu ke arah bas sekolah di Gurgaon di pinggir Delhi.
Video yang menunjukkan kanak-kanak sekolah yang ketakutan sambil menangis menjadi tular mencetuskan kemarahan terhadap mereka yang membuat rusuhan itu.
Polis di Delhi juga tidak mengambil mudah ketika filem kontroversi berkenaan mula ditayangkan di India minggu lalu.
Mereka mula mengawal ketat pintu masuk ke sinepleks yang terletak di Connaught Place, kawasan membeli-belah utama Delhi dengan meletakkan perintang logam di sana-sini.
Di Malaysia, filem kontroversi ini turut dihalang kemasukannya.
Padmaavat membariskan para pelakon hebat Bollywood seperti Deepika Padukone, Shahid Kapoor, Ranveer Singh, Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh dan Raza Murad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.