,
Berita

“Pertama Kali Dalam Sejarah Dia Mohon Ke Tepi Pentas Untuk...”- Pengurus Dedah Siti Nurhaliza Teruskan Konsert Di Adelaide Walaupun...

Syafiqah Jalal
21/10/2019
04:39 MYT
Konsert penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada Jumaat lalu berlangsung dengan jayanya.
Pengurus peribadi Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak yang bersamanya sepanjang berada di sana berkongsi serba sedikit perjalanan konsert tersebut.
Rozi akui terharu apabila melihat penonton yang hadir bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan malah dari beberapa negara luar termasuk New Zealand, Korea dan India.
“Semalam adalah satu hal indah bagi @ctdk apabila selesai menjayakan konsert beliau di Adelaide, Australia.
“Saya yang bersama-sama beliau dari Kuala Lumpur, sampai ke Adelaide, bertemu penganjur, bersua dengan penonton yang datang malam tadi dan bertemu pula sebahagian penonton di majlis meet & greet, adalah gambaran dan cerita sebenar, sebagaimana @ctdk menulis di dalam instagram beliau, TERHARU.
“Sebolehnya saya bertanya dan menyapa peminat yang saya jumpa, bertanya mereka datang dari mana, bercerita dan berkongsi kegembiraan yang sama, ini hal yang sungguh-sungguh saya rasakan kagum.
“Barangkali saya tidak dapat menulis semuanya di sini tetapi tidak kisah rakyat Malaysia yang tinggal di mana, mereka datang ke Adelaide. Selain dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei yang datang dari negara masing-masing tetapi peminat @ctdk sanggup datang dari Copanhagen, New Zealand, Korea, India dan juga dari Sydney, Perth dan Melbourne.
“Saya melihat warga kulit putih kerana muzik @ctdk yang mendekatkan, Konsert di Adelaide menjadi medan pertemuan peminat-peminat @ctdk,” tulisnya.
Rozi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik potongan video sebelum dan semasa konsert itu berlangsung.
Namun, Rozi mendedahkan Siti berada dalam kondisi kesihatan yang tidak baik dan berbangga kerana ia tidak menjadikan alasan atau halangan untuk penyanyi itu meneruskan dengan persembahan yang terbaik.
“Selama menjaga @ctdk dan saya ada dari konsert beliau yang pertama pada tahun 1999 sehingga konsert terbaru beliau semalam, pertama kali @ctdk berada dalam kondisi kesihatan yang belum pulih, pertama kali dalam sejarah konsertnya beliau mohon ke tepi pentas sebentar untuk minum air dan pertama kali juga meminta saya membetulkan selendangnya kerana hampir jatuh.
“Begitulah, sebagai manusia biasa, kita juga ada masa sihat, ada masa sakit, ada masa terjadi hal-hal yang tak kita jangka, bila beliau salin baju untuk segmen yang seterusnya, saya tanyakan;Siti, nak kurangkan lagu tak? Kenapa? Tanya Siti.Suara Siti ok ke?Lagu pun banyak lagi.Siti ok, jangan kurangkan lagu. Siti ok. Itu jawapan beliau.Itulah Siti Nurhaliza.
“Saya bukan saja bangga dengan beliau tetapi saya sangat bangga dengan peminat-peminat beliau yang memberikan seratus peratus tenaga positif kepada beliau malam tadi.
“Terima kasih kepada @aubrey_suwito & pemuzik, penyanyi latar, penari @askdancecompany , seluruh team yang bertugas dan juga @epie_temerloh @ezuwanismail @shanellharun @rizmanruzaini ,” katanya lagi.
Coretan tersebut turut diulang siar semula oleh Siti di akaun Instagram peribadinya.
Malah ia turut mendapat perhatian peminatnya hang kagum dan bangga dengan pengorbanan dan pencapaian anak Malaysia itu.
Difahamkan Siti dan seluruh kru sudah pun pulang dan tiba di tanah air semalam.

Semalam adalah satu hal indah bagi @ctdk apabila selesai menjayakan konsert beliau di Adelaide, Australia. Saya yang bersama-sama beliau dari Kuala Lumpur, sampai ke Adelaide, bertemu penganjur, bersua dengan penonton yang datang malam tadi dan bertemu pula sebahagian penonton di majlis meet & greet, adalah gambaran dan cerita sebenar, sebagaimana @ctdk menulis di dalam instagram beliau, TERHARU. Sebolehnya saya bertanya dan menyapa peminat yang saya jumpa, bertanya mereka datang dari mana, bercerita dan berkongsi kegembiraan yang sama, ini hal yang sungguh-sungguh saya rasakan kagum. Barangkali saya tidak dapat menulis semuanya di sini tetapi tidak kisah rakyat Malaysia yang tinggal di mana, mereka datang ke Adelaide. Selain dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei yang datang dari negara masing-masing tetapi peminat @ctdk sanggup datang dari Copanhagen, New Zealand, Korea, India dan juga dari Sydney, Perth dan Melbourne. Saya melihat warga kulit putih kerana muzik @ctdk yang mendekatkan, Konsert di Adelaide menjadi medan pertemuan peminat-peminat @ctdk. Selama menjaga @ctdk dan saya ada dari konsert beliau yang pertama pada tahun 1999 sehingga konsert terbaru beliau semalam, pertama kali @ctdk berada dalam kondisi kesihatan yang belum pulih, pertama kali dalam sejarah konsertnya beliau mohon ke tepi pentas sebentar untuk minum air dan pertama kali juga meminta saya membetulkan selendangnya kerana hampir jatuh. Begitulah, sebagai manusia biasa, kita juga ada masa sihat, ada masa sakit, ada masa terjadi hal-hal yang tak kita jangka, bila beliau salin baju untuk segmen yang seterusnya, saya tanyakan; Siti, nak kurangkan lagu tak? Kenapa? Tanya Siti. Suara Siti ok ke?Lagu pun banyak lagi. Siti ok, jangan kurangkan lagu. Siti ok. Itu jawapan beliau. Itulah Siti Nurhaliza. Saya bukan saja bangga dengan beliau tetapi saya sangat bangga dengan peminat-peminat beliau yang memberikan seratus peratus tenaga positif kepada beliau malam tadi. Terima kasih kepada @aubrey_suwito & pemuzik, penyanyi latar, penari @askdancecompany , seluruh team yang bertugas dan juga @epie_temerloh @ezuwanismail @shanellharun @rizmanruzaini #sitiinadelaide2019

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Unitar