,
Viral

Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan

Izwan Isa
03/01/2024
15:42 MYT
Syarikat pengeluar kenderaan Perodua akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan seorang wanita yang hanya sempat menggunakan kereta jenis Bezza yang baru dibelinya selama 8 jam sebelum dihantar ke pusat servis dan dibiarkan selama berbulan-bulan.
Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Roman Jaafar dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka telah berhubung dengan wanita tersebut sejak Oktober, iaitu tarikh kereta wanita itu dihantar ke pusat servis Perodua Segamat.
“Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.
“Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.
“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.
“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,” kata kenyataan tersebut.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa keretanya yang baru dibeli rosak hanya selepas 8 jam digunakan. DIfahamkan, pihak Perodua mendakwa kenderaan wanita tersebut mengalami kerosakan akibat terdapatnya bendasing seperti gula pada bahagian enjin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
drebar

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

gempak
04/10/2021
07:34 MYT
Suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.
drebar

Perodua Kesan Dua Individu Menyamar Sebagai Penasihat Jualan

gempak
02/07/2021
07:23 MYT
Perodua mengingatkan pelanggannya supaya tidak melakukan pembayaran ke dalam akaun bank peribadi untuk elakkan penipuan.