gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Bagi Muka! Scammer Tutup Call Lepas Kena ‘Jerit’ Dengan Azza Elite - “Confirm Dia…”
BERITA
Budak 8 Tahun 'Dibesarkan' Anjing, Hanya Tahu Menyalak
BERITA
20 Dilapor Cedera, Bas Ekspres Langgar Penghalang Laluan Berdekatan Nilai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
04/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
Pelakon, Arfie Shah mengakui bukan mudah untuk memegang watak utama dalam filem aksi Impak Maksima 2 arahan Dr. Ahmad Idham.
Jelas Arfie atau nama sebenarnya, Adwafri Shaharuddin,32, dia berasa tertekan apabila diberi tanggungjawab besar untuk menghidupkan semula filem popular yang pernah mencetuskan fenomena 17 tahun lalu.
"Pada awalnya, perkara ini memang menganggu mental saya sebab saya berlakon dengan pelakon yang berpengalaman.

"Sejak awal lagi saya rasa tidak mudah untuk menghidupkan kembali filem yang pernah popular pada 17 tahun yang lalu sebab saya pelakon baru.

"Tetapi saya percaya dengan Ahmad Idham kerana dia yakin saya boleh bawa watak ini,” katanya.
Arfie berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala dan Sidang Media Impak Maksima 2 yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun, aktor yang terkenal dengan siri The Exchange itu mampu menarik nafas lega apabila melihat hasil lakonannya di layar perak serta menerima sokongan penuh daripada barisan pelakon senior.
"Setiap hari saya berfikir tentang filem ini. Saya seorang yang terlampau banyak berfikir.

"Selepas saya tengok filem ini saya boleh menarik nafas lega.

"Saya bersyukur dapat berlakon dengan mereka. Mereka juga banyak mengajar saya tentang banyak perkara,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, filem yang turut dibintangi pelakon lain seperti Nelissa Nizam, Dynas Mokhtar, Fad Bocey dan Datuk Eizlan Yusof.
Filem tersebut akan menemui orang ramai di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini.

BERITA BERKAITAN: Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”

BERITA BERKAITAN: Ada ‘Cable Besar’ Bukan Jalan Mudah Anak Ahmad Idham Untuk Ceburi Bidang Lakonan - “Walaupun Dia Bapa Saya Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Nelissa Nizam Bukan Anak Emas Ahmad Idham, Anggap Keserasian Antara Faktor Dapat Peluang Bintangi Filem - “Kami Sudah Kenal Lama…”

Topic Berkaitan
#Filem
#Watak
#Tertekan
#Arfie Shah
#Impak Maksima 2
#Utama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement