,
Laman Utama

Penyanyi Oktaf Tertinggi Di Dunia, Dimash Kudaibergen Singgah Malaysia Berkonsert November Ini!

Amri Hassan
21/10/2022
13:45 MYT
Penyanyi, komposer dan multi-instrumentalis popular dari Kazakhstan, Dimash Kudaibergen mengumumkan bakal menjayakan konsert sulungnya, STRANGER, di Malaysia pada 19 November ini!
Dimash dijangka akan mempersembahkan lagu-lagu ikoniknya dengan lantunan vokal yang hebat kepada semua para peminatnya di Malaysia.
Penyanyi yang berupaya melantunkan suara dalam 13 bahasa di dunia itu mampu mengubah suara dengan nada paling tinggi. Tidak mustahillah, Dimash kini dianggap sebagai salah satu aset Kazakhstan.
Untuk rekod, Dimash, 28, merupakan naib juara program realiti muzik anjuran Hunan TV “Singer 2017”.
Dalam rancangan terbabit, Dimash memukau penonton menerusi lagu S.O.S.D'un teerien en detresse, antara lagu bahasa Perancis yang paling sukar dinyanyikan.
Malah, keunikan suaranya wiselnya dalam lagu Opera 2 menempatkan Dimash antara pemilik suara terbaik dunia.
Membesar dalam keluarga muzik seawal usia lima tahun, Dimash mulai serius pada tahun 2010 dan sangat popular di negara-negara seperti Eropah Timur, Asia Tengah, Rusia dan banyak lagi.
Lebih menarik, setiap kali memulakan persembahan, Dimash akan membuka panggung dengan ucapan 'Assalamualaikum' dan memperkenalkan negara asalnya kepada penonton!
Oleh kerana vokalnya yang hebat, Dimash kerap menyanyikan lagu tema bagi filem-filem dan drama bersiri seperti lagu dalam “Master of Memory”, “Memories that can't be taken away", lagu promosi Power Rangers "Go Go Power Rangers", lagu tema drama bersiri "Dear, Beloved" iaitu "Couldn't Leave" dan banyak lagi.
Konsertnya STRANGER, Dimash Kudaibergen bakal berlangsung pada 19 November 2022 pada pukul 8.30 malam.
Menurut pihak penganjur ACO MEDIA di instagram mereka, tiket akan mula dijual mulai 21 Okt 2022, 11 pagi dan seterusnya di www.ticket2u.com.my.
Harga tiket VIP RM1288,CAT 1 RM988, CAT 2 RM788, CAT 3 RM588, dan CAT 4 RM388.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.