,
Laman Utama

Penyanyi Lelaki Cium Gitaris Lelaki Di Festival Muzik, Band Dari UK Angkat Kaki, Dakwa Digam Di Malaysia?

Izwan Isa
21/07/2023
17:15 MYT
Kecoh di media sosial apabila vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy mengumumkan kumpulan mereka digam daripada sebuah festival.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Matt berkucupan dengan gitaris kumpulan tersebut di atas pentas.
Memetik ciapan Twitter seorang individu, Matt memberitahu yang sesiapa pun tidak boleh menentukan dengan siapa dia boleh dan tidak boleh lakukan hubungan seks.
“Kamu tidak meminta saya datang ke negara kamu dan memberitahu saya dengan siapa saya boleh dan tidak boleh melakukan hubungan seks,” katanya sebelum mencium gitaris berkenaan.
Kemudian, Matt menyambung: “Ok, itu sahaja daripada kami. Kami digam daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur. Bye guys,” katanya.
Difahamkan, Matt dan anggota kumpulannya yang lain meninggalkan petas setengah jam lebih awal selepas dia mengumumkan hal berkenaan.
Terdahulu, Matt mempunyai tabiat mencium sesiapa sahaja di atas pentas ketika membuat persembahan, termasuk peminat dan pengawal keselamatan konsert.
The 1975 dianggotai oleh Matt Healy, Adam Hann, Ross MacDonald dan George Daniel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Anna Jobling Buka Mulut Isu Tular Foto Dicium Aktor Indonesia

gempak
01/08/2024
08:55 MYT
Akhirnya membuka mulut, pelakon Anna Jobling tampil mengulas  mengenai foto tular yang memperlihatkan dirinya dicium oleh seorang aktor dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo.
Viral

Cium Jin BTS Di Khalayak Ramai, Peminat Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual

gempak
15/06/2024
08:55 MYT
Tindakan segelintir peminat wanita yang gagal mengawal diri saat bertemu idolanya, Jin BTS ternyata mengundang padah.
Hollywood

Anne Hathaway Jijik Cium Mulut 10 Pelakon Lelaki Waktu Uji Bakat Untuk 1 Watak

gempak
29/04/2024
14:55 MYT
Aktres Anne Hathaway mendedahkan pernah melalui fasa kurang disenangi sewaktu awal pembabitannya sebagai pelakon.
Hiburan

Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."

gempak
24/04/2024
06:56 MYT
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a