,
Laman Utama

Penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Diperluas, Boleh Didapati Serendah RM6.90 Sahaja!

Gempak
02/11/2021
02:57 MYT
Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila kit ujian kendiri COVID-19 kini mula dijual pada harga serendah RM6.90 di pasaran.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kit ujian tersebut boleh didapati di pasar raya, stesen minyak terpilih dan kedai serbaneka di mana proses pengembangan jualan kini dilakukan secara berperingkat.
"KPDNHEP dimaklumkan bahawa harga kit ujian yang ditawarkan di pasaraya dan kedai serbaneka adalah serendah RM6.90 setiap satu.
"Sementara KK Supermart pula menjual hanya serendah RM6.60 setiap satu," katanya.
Dalam pada itu, beliau melihat perkara itu sebagai satu berita baik kepada para pengguna.
"Perkara ini tentunya satu berita baik kepada para pengguna dalam berhadapan situasi seperti sekarang," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Untuk makluman, kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat daripada Peraturan Peranti Perubatan Malaysia (MDA) untuk dijual di klinik dan farmasi terpilih.
Nanta juga berkata, keputusan kerajaan untuk mengembangkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 akan menjatuhkan harganya di pasaran dengan ketersediaan stok dan menerusi persaingan dalam sektor peruncitan.
Terdahulu, kerajaan telah menetapkan harga maksimum untuk harga kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran iaitu pada RM19.90 setiap unit dan RM16.00 setiap unit untuk harga borong berkuatkuasa 5 September 2021.
Sumber: BERNAMA Kredit Foto: AWANI
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.