,
Laman Utama

"Penglihatan Masih Tak Jelas..."- Keluar Berkaca Mata Hitam, Fasha Sandha Bakal Jalani Pembedahan

Syafiqah Jalal
12/03/2023
13:24 MYT
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia bakal menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di dalam mata bahagian kirinya.
Kata Fasha buat masa ini penglihatannya masih tidak jelas akibat kecederaan yang dialami ketika menjalani penggambaran baru-baru ini.
"Selepas ini ada rawatan susulan di mana mungkin saya kena menjalani pembedahan. Bengkak di bahagian luar sudah surut tapi di bahagian dalam, tulang patah jadi ada darah beku di dalam. Jadi saya tunggu masa yang sesuai untuk menjalani pembedahan.
“Saya akui memang tak selesa langsung sebab darah beku masih ada di dalam mata saya jadi penglihatan mata kiri saya tak jelas. Bila masalah mata ia juga berkait dengan kepala.
“Jadi kalau nak kerja saya kena dapat izin doktor dulu,” katanya kepada Gempak.
Fasha ditemui ketika Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.
Fasha yang hadir memakai kaca mata hitam ditemani adiknya, Elisya Sandha.
“Alhamdulillah, adik saya teman sebab suami tak dapat teman saya. Walaupun mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya tapi saya tetap datang atas tanggungjawab saya pada produksi, lebih-lebih lagi ini adalah komitmen saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Fasha cedera di bahagian mata sebelah kiri ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, Johor.
Fasha berkongsi perkara itu menerusi klip video kemalangan kecil yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya.
Melalui paparan rakaman video itu, Fasha dilihat ditolak pelakon gandingan, Azhan Rani sehingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja. Fasha dilihat meraung kerana menahan kesakitan daripada kecederaan dialami.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

6 Terbunuh, Puluhan Cedera Bas Jatuh Dalam Gaung Di Barat Daya Pakistan

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Sabtu menyebabkan enam orang terbunuh dan 24 lagi cedera, menurut polis, lapor Xinhua.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

gempak
01/09/2024
11:25 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.
Berita

Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

gempak
29/08/2024
09:55 MYT
Dua orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjerlus ke dalam lubang benam di Seoul pada Khamis.