gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Anggota Bomba Bantuan Terkait Video Tak Senonoh Digantung Tugas
HIBURAN
"Mikael Luah Dia Benci Individu Itu, Rasa Tertipu" - Ibu Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Viral Dakwaan 'Sexual Grooming' Penyanyi Irama Malaysia
HIBURAN
Bekas Pelakon Cilik Murtad, Didakwa Kahwin Sesama Jenis Di Thailand
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Mungkin Kembali Bersama, Hafiz Suip Kongsi Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri - “Kami Berdua Dah Cuba Tapi…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
29/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mungkin Kembali Bersama, Hafiz Suip Kongsi Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri - “Kami Berdua Dah Cuba Tapi…”
Penyanyi, Hafiz Suip seakan-akan memberi bayangan dia dengan bekas isterinya iaitu Nureffy Jasreel Abdullah tidak akan kembali bersama.
Jelas Hafiz, salah satu punca mereka bercerai adalah mereka sudah tidak mempunyai ketidaksefahaman lagi.
"Persefahaman itu penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan adalah kami sudah tidak ada kesefahaman itu,” katanya kepada Gempak.
Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam acara sesi beramah mesra bersama media yang diadakan di Bienz, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Tambahnya lagi, mereka juga sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga namun terpaksa akur dengan memilih perceraian sebagai jalan terbaik.

"Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik," jelasnya.

Ditanya berhubung status bapa tunggal yang dipegang kini, penyanyi lagu Masih Jelas ini mengakui ia bukan satu perkara mudah untuk dihadapi.
Namun baginya, dia reda melalui segala ujian yang diterima.
"Bukan senang memegang status bapa tunggal.
"Dengar macam senang tetapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan saja yang tahu," ujarnya.
Terdahulu, Hafiz memaklumkan dia dan Nureffy sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.
Kata Hafiz, buat masa ini dia memberi hak penjagaan kepada bekas isteri kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.
Topic Berkaitan
#Hafiz Suip
#cerai
#Isteri
#Bekas
#Punca
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement