gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kes Zara Qairina: Fadhlina Nafi Lambat Bertindak - "Berhentilah Sebar Berita Tidak Sahih"
HIBURAN
Anugerah MELETOP ERA 2025 Kembali Dengan 16 Kategori Dipertandingkan
HIBURAN
Aisha Retno Lancar Album [Re.Hab], Luah Kisah Peribadi Dalam 'Jeda'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Elliza Razak Dedah Minat Nine Sejak Remaja, Netizen Harap Ada Jodoh - “Doa Yang Baik-Baik”

Umirah Halim
Umirah Halim
29/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Elliza Razak Dedah Minat Nine Sejak Remaja, Netizen Harap Ada Jodoh - “Doa Yang Baik-Baik”
Penyanyi Elliza Razak mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video perbandingan gambarnya bersama bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz, Nine, dari tahun 2004 hingga 2025.
Menerusi, video yang dimuat naik di media sosial itu memaparkan beberapa keping foto perbandingan ketika Elliza dan Nine masih remaja dan foto terkini mereka berdua.
“Saya lah peminat yang terpaling sekali minat (Nine). Dari umur 17 kot! Rambut pun kita follow tau style rebonding. Nah bukti! Siap ambil gambar dulu zaman masih guna kodak lagi ya!” tulis Elliza pada kapsyen hantaran tersebut.
Lebih menarik, Elliza menyifatkan impiannya sebagai peminat akhirnya tercapai apabila berpeluang bekerjasama dengan penyanyi R&B pujaannya itu.
“My dream came true!! Tak kusangka!! Akhirnya dapat collab dengan artis pojaan R&B nih… 21 years of friendship! Fuhh lama betul… More way to go!” tulisnya lagi.
Perkongsian itu nyata mencetuskan keterujaan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendoakan agar hubungan mereka melangkah lebih jauh daripada sekadar rakan muzik.
“Takpe kan kalau saya doakan korang berdua berjodoh… Amin,” komen seorang pengguna.
Komen tersebut juga kemudiannya mendapat reaksi daripada Elliza sendiri.
“Doa yang baik-baik,” balasnya.
Sebelum ini, keakraban penyanyi Elliza Razak bersama bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz itu juga sering kali menimbulkan salah faham, sehingga ada yang mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa.
Tampil menjawab perkara tersebut, Elliza, 41, berkata hubungan antara dirinya dan Nine atau nama sebenarnya Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri adalah atas dasar profesional memandangkan mereka menjalankan perniagaan bersama.
Sumber: TikTok Elliza Razak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement