,
Laman Utama

Pengasuh Tular Dera Bayi Yang Digelar ‘Bainun V2’ Direman

Awani
16/05/2023
06:59 MYT
Seorang pengasuh pusat jagaan kanak-kanak (taska) direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengasari dua bayi di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Johor Bahru.
Wanita berusia 21 tahun itu direman bermula hari ini hingga 19 Mei depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majisteret R Salini di Mahkamah Majisteret Johor Bahru, pagi ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata wanita itu ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada jam 2 pagi tadi.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah tadika yang berada di kawasan Mutiara Rini.
Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan dan kanak-kanak lelaki berumur 9 bulan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA: Rakaman Video ‘Bainun V2’ Kasari Bayi Kecil Tersebar, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Semalam, dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan warga tempatan mengasari dua bayi dengan menepuk kepala mangsa dan meniup muka mangsa yang sedang menangis.
ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam, Pengasuh Indonesia Didenda RM10,000

gempak
17/09/2024
23:56 MYT
Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah apabila Mahkamah Majistret Kangar menjatuhinya hukuman denda RM10,000.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari

gempak
07/09/2024
05:25 MYT
Seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama,Melaka pada Jumaat.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.