Berita

Penganggur Didenda RM3,500 Rakam Video Wanita Tukar Pakaian

gempak
Gempak
27/01/2025
09:34 MYT
Sponsor Banner
Penganggur Didenda RM3,500 Rakam Video Wanita Tukar Pakaian
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita warga Indonesia dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan sebuah kedai barangan sukan, Jumaat lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin turut mengarahkan Wan Muhammad Haziq Danial Wan Ali, 24, dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan yang terletak di sebuah pusat beli-belah di sini pada 9.20 malam, 25 Januari lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum atas alasan tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga namun Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024