,
Hiburan

"Pendidikan Penting!" - Syamel Berpegang Prinsip Orang Tua-Tua, Boleh Teruskan Minat Tapi Ada Back Up Plan

Amri Hassan
29/01/2024
05:50 MYT
Penyanyi Syamel menghormati pandangan segelintir individu berkenaan kepentingan pendidikan dari sekolah harian pada masa kini, seperti yang tular baru-baru ini.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Kata 'Awak Tak Perlu Pergi Ke Sekolah', Ayat Saya Ialah..." - As'ad Motawh

BERITA TRENDING: Sifatkan Zaman Sekolahnya Sebagai Tiada Value, Ini Reaksi Netizen Terhadap Influencer Yousaf IqbalJelas Syamel, dia masih berpegang pada prinsip mengutamakan pendidikan berbanding minat.
"Saya harus menghormati kenyataan orang lain, bagi saya dan adik-adik di luar sana memang kita cenderung tengok TikTok dan media sosial tetapi percayalah itu harus diselaraskan dengan pendidikan yang kena ada. Barulah seimbang. Sekurang-kurangnya, kalau kita hilang sesuatu, kita ada plan lain.
"Malah, sekarang pun orang bercita-cita nak jadi content creator, kita tak dengar dah orang nak jadi polis, doktor, akauntan.
"Bila itu menjadi cita-cita kena ingat, ini satu pertaruhan. Kebanyakan mereka yang tak cita-cita sebagai content creator tak menjadi, mereka mula mencari dan melibatkan masa. Mereka akan rasa tertekan dan give up lagi sekali. Lebih baik ada back up (pendidikan).
"Seperti parents kita selalu nasihatkan, belajar, kalau ada minat boleh teruskan, tapi kalau apa-apa jadi, ada back up (iaitu pendidikan)," katanya kepada Gempak.
Syamel ditemui pada majlis sidang media Wacana Srikandi di SACC Convex, Shah Alam baru-baru ini turut menitikberatkan aspek pendidikan kepada anak tunggalnya, Nur Khawla Soleha.
Ujar Syamel, dia tidak menghalang seandai anaknya itu meminati bidang seni sepertinya dan Ernie, namun perlu seimbang.
"Bagi kami, walau macam mana pun pendedahan yang kami berikan, ada hal melibatkan real life thing yang dia perlu faham juga.
"Pada masa sama, perlu balance juga. Kami masih percaya ideologi mak bapa kita dulu-dulu. Perlu ke sekolah, petang ke sekolah agama, kalau ada masa lebih hantar ke kelas piano dan sebagainya.
"Bagi saya, pendidikan itu sangat penting, yang membezakan dan menggerakkan adalah cara didikan awal parents.
"Apabila umur sekarang, apa yang kami belajar dulu penting dan apa yang kami belajar dalam kehidupan pun penting juga. Harus seimbang. Pendidikan itu sangat penting, beradanya kami di sini kerana pendidikan yang kami belajar dulu," tambahnya.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie selamat mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2021 lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Khawla yang bakal mencapai usia dua tahun pada Februari 2024 nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kebahagiaan Saya Adalah Dia..." - Ini Luahan Hati Syamel Buat Ernie Zakri Selepas Menang SCTV Awards 2024 Di Indonesia

gempak
22/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Syamel menyatakan kemenangan isterinya, Ernie Zakri di Anugerah SCTV Awards 2024 adalah rezeki untuknya.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Unitar