Shiha Zikir Tak ‘Lapar’ Perhatian Tapi…
Penyanyi, Shiha Zikir menolak dakwaan segelintir pihak yang menyatakan dia cuba mencari perhatian menerusi hantaran-hantaran yang dimuat naik di media sosial.
Jelas Shiha, segala apa yang ditulis di laman sosial adalah luahan jujur yang datang dari hati dan bukannya rekaan untuk menarik perhatian.
“Untuk saya fikir apa yang orang nak cakap tidak, apa yang anda tengok saya tulis kat media sosial itu memang lahir daripada hati. Dan apa yang saya tulis memang betul sebab saya tidak ramai fan macam orang lain.
“Lagu ini bukan sekadar lagu tapi ia adalah luahan rasa yang ikhlas, jadi saya harap lagi ini sampai dekat semua orang.
Terdahulu, Shiha Zikir memuat naik beberapa hantaran meminta sokongan daripada peminat agar mendengar lagu terbaharunya iaitu Renjana.
Sekadar info, lagu Renjana terhasil daripada cebisan kenangan peribadi milik Shiha Zikir dan dilahirkan di bawah label Shiha Zikir Empire dan Sony Music Entertainment Malaysia dengan bantuan gubahan daripada komposer, Zimi Sofazr.