,
Laman Utama

Penantian Berakhir! Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Bermula 6 Disember, Lagu Tema Pun Onz!

Hanafis Haris
24/09/2021
08:15 MYT

Siri animasi paling ditunggu-tunggu iaitu Mechamato The Animated Series akhirnya akan memulakan tayangan pada 6 Disember ini menerusi saluran antarabangsa Cartoon Network.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz.

Menurutnya, tarikh rasmi siri Mechamato untuk Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand adalah pada 6 Disember ini.

“Ia diikuti dengan tayangan di Korea Selatan pada 11 Disember dan di Jepun pada Mac 2022.

“Pelanggan saluran Cartoon Network akan disajikan dengan ‘sneak peek’ satu episod dari siri Mechamato pada 6 November, awal sebulan dari tarikh tayangan perdananya,” katanya ketika persidangan Kre8tif! 2021 Virtual Conference.

Sementara itu, Ketua APAC Kids Warner Media Entertainment Networks Leslie Lee berkata, pihaknya gembira dengan setiap episod yang dihasilkan di dalam siri Mechamato.

“Ia adalah sebuah animasi yang memaparkan hubungan yang menarik di antara seorang budak dan sahabat robotnya.

“Kami berharap ramai kanak-kanak di serata dunia akan berasa teruja untuk melihat siri ini nanti,” katanya.

Pada masa sama, menurut Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin, siri berkenaan bakal dialihkan suara ke 12 bahasa berbeza.

“Demi memasuki pasaran antarabangsa dan sekaligus menarik minat para penonton negara asing, siri animasi Mechamato bakal dialihkan suara ke 12 bahasa berbeza termasuklah bahasa Jepun dan Korea,” katanya.

Dalam pada itu, lagu rasmi Mechamato yang dihasilkan dalam dua versi berbeza turut dilancarkan.

Versi Bahasa Inggeris yang dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan direkod di Amerika Syarikat manakala versi Bahasa Malaysia dinyanyikan oleh Shah daripada kumpulan Modescape.

Video lagu tema tersebut kini boleh ditonton di saluran rasmi Youtube Monsta Channel.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.