gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ella, Mimi Fly, SonaOne & Barisan Artis Hebat Meriahkan Showcase 'Hello Inilah KITA' Malam Ini Di Pavilion KL
HIBURAN
Bukan Undur Diri Sepenuhnya, Che Nom Hanya Mahu Berehat Seketika Dari ‘Dunia Influencer’ - “Bangun Pagi Rasa Ringan, Tak Serabut”
HIBURAN
“Kalau Benda Boleh Saya Sorok Kenapa Tidak?” - Emma Maembong Masih Belum Rancang Fasa Seterusnya Dengan Dj Kidd
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

9 Lokasi Ikonik Di Sekitar Kuala Lumpur Dalam Filem Hollywood Worth the Wait

Maliah Surip
Maliah Surip
07/08/2025
01:59 MYT
Sponsor Banner
9 Lokasi Ikonik Di Sekitar Kuala Lumpur Dalam Filem Hollywood Worth the Wait
Filem Worth the Wait yang menjadi arahan perdana sutradara berprolifik Taiwan dalam bahasa Inggerism Tom Shu-Yu Lin kini dapat disaksikan di Malaysia.
Keistimewaan Worth the Wait bukan hanya terhadap barisan aktor-aktres berprolifik tinggi seperti Lana Condor (“To All the Boys I’ve Loved Before”), Andrew Koji (“Black Doves”), Ross Butler (“13 Reasons Why”), Sung Kang (“Fast & Furious”), Elodie Yung (“The Cleaning Lady”) dan Osric Chau tetapi bagaimana penerbitan filem ini mengangkat kehidupan beberapa individu Asia-Amerika.
Melalui cinta, takdir mereka bergulir dan kemudian berdepan konflik hidup yang perlu dihadapi.
Namun menarik tentang filem yang mengabungkan karyawan seni daripada Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan dan Singapura ini adalah apabila bukan hanya anak seni tempatan tetapi Malaysia diangkat dalam banyak babak sekaligus menepati kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang dibawakan oleh Tourism Malaysia.
Berikut antara destinasi dan budaya Malaysia yang menarik dipaparkan dalam Worth the Wait terutama pada kisah cinta jarak jauh di antara Kai dan Leah.
Paling menarik ia juga boleh menjadi panduan buat pasangan terutama berlainan negara dan budaya yang baru bercinta untuk menambah kemanisan cinta kalian di Malaysia.
1. KLCC Tak sah datang KL kalau tak selfie depan Menara Berkembar Petronas. Tapi, lebih dari sekadar ikon, KLCC adalah tempat yang sempurna untuk jalan berpegangan tangan sambil hirup angin malam.
Nak lagi romantik? Lepak dekat KLCC Park waktu senja, tunggu air pancut menari dengan lampu warna-warni. Macam dalam filem cinta Korea, tapi ini versi Malaysia! Dan Worth the Wait guys.
2. Jalan Alor Kalau pasangan korang sanggup makan durian sama-sama… itu true love tau. 
Musang King, D24, Black Thorn semuanya ada di Jalan Alor atau gerai durian di Kampung Baru. Dan sekarang adalah momen paling sesuai korang ajak dan ajar kekasih makan durian kerana sedang musimnya! Dan kalau first time makan durian, kekasih korang survive, percayalah hubungan itu akan tahan lama. Tak percaya? Cuba!
3. Monorail & Train Kuala Lumpur punya sistem pengangkutan awam macam monorail, LRT dan MRT yang memang efisyen. Kalau guna kenderaan awam seperti bas dan ambil grab sudah jadi hal biasa, apa kata ajak pasangan korang naik tren? Bukan apa, apabila sama-sama tengok KL dari tingkap boleh jadi bonding time yang best.
Nak lebih romantik? Naik KL Monorail waktu malam lalu kawasan Bukit Bintang, semua lampu neon menyala, macam dunia penuh warna cinta.
4. Romantic Dinner with KL Skyline View Bukan Malaysia kalau tidak kaya dengan makanan, tapi kalau nak extra istimewa, bawalah pasangan korang menikmati makan malam di beberapa spot menarik seperti rooftop dining spot di KL. Bayangkan sedang makan malam, sambil melamar pasangan atau hanya nak feeling classy dan merakam momen berlatar ibu kota, mana-mana pun ons teruk!
5. Chinatown Petaling Street ini adalah destinasi klasik dan macam ‘berdosa’ kalau tak pergi. Ia macam Worth the Wait - cinta lama yang tak pernah pudar. Dari gerai jual keychain comel sampai makanan Cina dan halal, semuanya ada. Waktu malam? Semua lampu merah menyala, vibe macam walking into a romantic movie scene. Lepas itu, jangan tertinggal telusuri lorong-lorong seni di belakang bangunan penuh mural cantik untuk OOTD couple shot.
6. Dataran Merdeka Dataran Merdeka tak boleh ditinggalkan. Kalau datang Malaysia terutama Kuala Lumpur tapi tidak tahu di mana letaknya Dataran Merdeka, ibarat korang failed subjek Sejarah guys! Ini tempat perfect untuk kenal Malaysia dengan lebih dekat. Bawa pasangan jalan-jalan pegang tangan sambil tengok bangunan kolonial melihat bendera besar Malaysia berkibar, itu pun sudah romantis!
7. Batu Caves Batu Caves bukan sekadar tempat pelancongan ia satu pengalaman dan apa kata sulam cinta dengan mengambil magis suasana di 272 anak tangga pelangi, di hadapan patung emas Dewa Murugan setinggi 42 meter atau OOTD berlatarkan monyet nakal. Di sini ia memperlihat kekayaan budaya dan majmuk masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
8. Bukit Bintang Rugi berada di Kuala Lumpur tapi tidak ‘bermain’ di Bukit Bintang yang tidak pernah ‘tidur’. Di sini semua benda berlaku serentak. Lampu neon, muzik jalanan, tawa pelancong, dan aroma makanan dari Jalan Alor yang menusuk hidung. Nak ambil gambar aesthetic, tengok pemandangan KL dari rooftop, atau shopping sampai kaki lenguh? Semua boleh. Pendek kata berbaloi untuk yang mencari jantung KL.
9. KLIA KLIA bukan sekadar tempat pergi-pulang dan mengejar pesawat untuk berpergian. Tapi macam dalam banyak naskhah di dunia, lapangan terbang kadang jadi tempat pertemuan pertama atau perpisahan penuh air mata. Tapi yang pasti, servis dan kemudahan kat KLIA antara terbaik dunia.
Jadi… Worth the Wait tak KL? Jawapannya: 1000% YES kerana ibu kota ini bukan hanya cantik untuk mata tapi terasa dan tersemat dalam jiwa.
Topic Berkaitan
#Filem
#Lokasi
#Worth The Wait
#Lana Condor
#Ross Butler
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement