gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Kalau Benda Boleh Saya Sorok Kenapa Tidak?” - Emma Maembong Masih Belum Rancang Fasa Seterusnya Dengan Dj Kidd
HIBURAN
Hadir Dengan Rambut Pendek ‘Blonde’, Gaya Zahidah Rafik Di KLFW Jadi Tumpuan Netizen - “Welcome Back Kak Nita”
HIBURAN
Intan Najuwa Akui Trauma Naik Pesawat Ketika Hamil, Kini Risau Ulang Perjalanan Jauh Bersama Anak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyanyi Irama Malaysia Nafi Terlibat Dalam Kes Amang Seksual Pelakon Cilik

Amri Hassan
Amri Hassan
07/08/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Irama Malaysia Nafi Terlibat Dalam Kes Amang Seksual Pelakon Cilik
Seorang penyanyi lelaki tampil memberikan penjelasan bagi menafikan sebarang pembabitannya dalam dakwaan melibatkan kes amang seksual terhadap seorang pelakon cilik yang kini hangat diperkatakan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi berkenaan menegaskan bahawa semua tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya adalah tidak benar dan merupakan satu bentuk fitnah.
“Saya ingin menegaskan bahawa segala tuduhan yang sedang tersebar adalah tidak benar. Ia merupakan satu bentuk fitnah dan tohmahan yang sangat berat,” tulisnya.
Tambah penyanyi tersebut, kes berkenaan kini sedang dalam siasatan pihak polis dan segala bukti sedang dikumpulkan, termasuk keterangan saksi-saksi yang terlibat, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“Siasatan sedang dijalankan. Segala bukti sedang dikumpul dan semua saksi telah dipanggil bagi membantu proses siasatan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses keadilan serta memohon agar semua pihak kekal tenang dan menghormati proses undang-undang.
“Saya berharap agar semua kekal tenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Doakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang masih setia memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargainya.”
Terdahulu, personaliti media sosial Caprice telah membuat satu pendedahan mengejutkan melibatkan seorang penyanyi lagu tradisional yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pelakon cilik.
Beberapa hari kemudian, ibu kepada pelakon kanak-kanak tersebut tampil membuat kenyataan bahawa penyanyi berkenaan pernah mencium anaknya di beberapa bahagian termasuk dahi, pipi dan bibir.
Menurut wanita itu, perkenalan anaknya dengan penyanyi tersebut bermula apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah pementasan teater. Namun, dia tidak menyangka hubungan mereka menjadi terlalu rapat hingga menimbulkan kebimbangan.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Nafi
#Amang Seksual
#Irama Malaysia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement