,
Laman Utama

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”

Maliah Surip
20/03/2023
11:30 MYT
Bintang terkenal Indonesia, Agnes Monica baru-baru ini menjawab dakwaan peminat yang mempersoalkan dirinya seperti tidak mempunyai pekerjaan atau undangan nyanyian mahupun berlakon.
Pertanyaan itu ditulis oleh seorang netizen sewaktu penyanyi lagu Bilang Saja tersebut dalam sebuah sesi Live Instagram.
Sambil membaca soalan yang mengatakan dirinya ‘sepi job’ kepada timi koreografernya di belakangnya, Agnes Mo dilihat tertawa kecil.
“‘Eh lihat, lihat, lihat, ada yang bilang 'sepi job ya, Nez?” Dia kemudian dengan sinis menjawab: “Sekali bekerja cukup untuk beberapa tahun.”
Meski jawapannya kedengaran seperti sombong, namun perempuan berusia 36 tahun itu memberikan definisi ‘sekali bekerja cukup untuk beberapa tahun’.
Dia juga mengatakan tidak perlu menjelaskan panjang lebar kepada khalayak mengenai jadual kerjanya.
Menurut Agnes Mo, pada kedudukan kariernya yang sudah melewati usia 20 tahun, dia tidak lagi mengejar pekerjaan, sebaliknya mempunyai kuasa untuk memilih tawaran yang datang kepadanya.
“Itu bukan sepi (tak ada), tapi kita memilih. Pada saat kita punya banyak pilihan tawaran, kita tidak perlu gelabah pilih banyak semuanya.
“Cukup pilih satu dan ini bagus, cukup untuk beberapa tahun (bayarannya),” kata Agnez Mo seperti dilaporkan Kompas.com.
Agnez Mo juga berpendapat terkadang dia perlu menjawap pertanyaan berisi sindiran ini, meski sebenarnya dia terkadang tak peduli.
“Kadang-kadang ada haters itu mesti dijawab. Kalau kita tidak jawab, mereka fikir kita tidak boleh bercakap, tapi bila dijawab, kita dipanggil sombong,” katanya lagi.
Agnez Mo adalah seorang pelaku seni yang aktif sejak tahun 1992 dan sangat terkenal menerusi drama seperti Pernikahan Dini sebelum namanya melambung dalam dunia nyanyian.
Tidak hanya terkenal di Indonesia, perempuan yang juga ‘mendulang’ duit daripada hasil menjadi duta banyak produk terkenal ini juga telah berjaya go internasional dan menghasilkan single yang salah satunya adalah Coke Bottle menampilkan Timbaland .
Dia yang terkenal dengan sikap dermawan juga pernah dinamakan sebagai salah seorang selebriti dengan pendapatan paling tinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.