,
Berita

“Pemakaian Kostum 'Cosplay' Menyerupai Dewa Kepercayaan Lain Haram”- Mufti Wilayah Persekutuan

Rozaimi Zubaidi
05/01/2018
02:30 MYT
Pemakaian kostum, cosplay anime atau superhero semakin menjadi satu fenomena yang trending pada masa kini.
Namun begitu sebagai umat Islam, sewajarnya mengkaji dan meneliti terlebih dahulu hukum-hakam yang berkait supaya setiap tindak-tanduk kita berada pada landasan syarak.
Mengenakan kostum sedemikian, jika ia mendedahkan aurat atau menyerupai dewa mana-mana agama, kepercayaan dan rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina, hukumnya adalah haram.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Facebook, ia adalah berdasarkan riwayat Abu Daud (4031) yang menyebut, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari bahagian mereka.”
Entri itu selanjutnya menjelaskan, biarpun tiada kaitan jelas antara pemakaian kostum dengan pegangan akidah, namun hukum yang jatuh adalah demi menjaga jati diri seorang Muslim.
"Sekiranya ada yang mempersoalkan kaitan pemakaian kostum dewa-dewa dengan akidah, kami katakan bahawa ia bukan isu tergugat atau rosaknya akidah tetapi ia adalah isu jati diri seorang Muslim," entri itu menyebut.
Bukan itu sahaja, jika pembelian kostum itu membabitkan pembaziran wang yang banyak, hukumnya juga jatuh haram.
Turut disebutkan adalah hukum memakai kostum badut yang secara umumnya adalah makruh, namun dibolehkan jika dibuat atas tujuan pendidikan dan hiburan kanak-kanak.
Pun begitu, beberapa syarat perlu dipatuhi antaranya tidak meninggalkan kewajipan sebagai Muslim, tidak menjatuhkan maruah orang lain dan tidak berbohong dalam berjenaka.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

gempak
03/05/2024
05:55 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Bercuti Raikan Hari Jadi, Suami Influencer & Cosplayer Maut Lemas Di Bali

gempak
11/11/2023
13:55 MYT
Percutian jadi tragedi!