,
Laman Utama

Pelitup Muka Wajib Pakai Dalam Bangunan & Pengangkutan Awam, Tapi Bila Di Kawasan Terbuka ...

Mya Amri
27/04/2022
09:25 MYT
Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Manakala penggunaan pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan sendiri namun amat digalakkan.
Kemas kini terbaharu itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini.
Bagaimanapun, pelitup muka boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi tertentu seperti ketika makan, bersenam berseorangan, ketika memberi ucapan atau membuat persembahan di atas pentas.
Berikut merupakan panduan dan saranan pemakaian pelitup muka mulai 1 Mei ini.
Selain itu beberapa kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) turut diumumkan antaranya penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan dan daftar masuk (check-in) dimansuhkan.
Malah kemasukan ke premis juga dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus ‘Berisiko Tinggi’ atau di bawah HSO (kuarantin).
Apa yang penting, diharapkan rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dan menjaga diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
26/10/2023
02:55 MYT
Ramai minta KJ berlakon.
Laman Utama

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

gempak
08/06/2023
08:47 MYT
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.
Laman Utama

Penularan Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka!

gempak
26/04/2023
21:23 MYT
Patuh SOP!