,
Hiburan

Pelancaran Lagu Bertahan Demi Cinta Tiada Kaitan Dengan Situasi Semasa Fazura & Fattah

Mya Amri
10/10/2024
06:51 MYT
FAZURA Studios dan syarikat label rakaman terkemuka dari Indonesia, HITS Record akan meluncurkan secara bersama lagu baharu bertajuk Bertahan Demi Cinta pada Khamis, 10 Oktober 2024.
Lagu duet yang dinyayikan oleh Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah itu ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz.

Tiada kaitan dengan situasi semasa

Bertahan Demi Cinta dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2024.
Lagu ini telah dijadikan runut bunyi kepada drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2024.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh FAZURA Studios kepada media, lagu ini dikeluarkan pada 10 Oktober 2024 adalah kerana keistimewaan tarikh tersebut dan tiada kaitan dengan mana-mana situasi semasa mereka.
“Tarikh peluncuran rasmi lagu ini telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024.
“Ini juga selaras dengan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa peluncuran lagu berjudul Tenang Diri nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September 2024 yang lalu.

“Perancangan pelancaran kedua-dua lagu ini telah dibuat beberapa bulan yang lepas atas keperluan kerjasama dan persediaan awal termasuk untuk di platform digital terkemuka.

“Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Fazura dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” maklum kenyataan itu. Pihaknya juga menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadinya semata-mata serta tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record.
“Kedua-dua Syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin.
“Sehubungan itu, diharapkan kenyataan ini memberikan pencerahan yang wajar kepada semua pihak,” jelas kenyataan tersebut.
Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu Bertahan Demi Cinta yang telah mendapat reaksi positif semasa tayangan HSC2 sebelum ini, di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula pada hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

gempak
11/10/2024
23:55 MYT
Selepas kes perceraian dengan aktres Nur Fazura, ramai rakan selebriti dan kenalan rapat memuji serta mendedahkan perangai sebenar pelakon Fattah Amin.
Hiburan

Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”

gempak
11/10/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan, Ustazah Oki berkongsi mengenai isteri seharusnya menghormati suami meskipun mempunyai gaji yang besar.
Hiburan

Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

gempak
11/10/2024
03:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang kembali tular.
Hiburan

"Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

gempak
11/10/2024
00:59 MYT
Pempengaruh, Ina Naim menyarankan agar masyarakat melihat situasi yang berlaku kepada rumah tangga pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin sebagai satu pengajaran.
Hiburan

Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

gempak
10/10/2024
23:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
BorakSeeni