,
Bollywood

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai, Reema Lagoo Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Mya Amri
19/05/2017
04:49 MYT
Pelakon Bollywood yang terkenal dengan watak ibu, Reema Lagoo, 59, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Perkara itu disahkan oleh menantunya, Vinay Waikul.
Menurut Vinay, Reema menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15 pagi Khamis di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Mumbai selepas mengalami serangan jantung.
“Pada mulanya dia kelihatan baik sahaja cuma memberitahu mengalami sakit dada sekitar jam 1.00 petang Rabu.
“Kami kemudiannya bergegas membawanya ke hospital, dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 pagi selepas mengalami serangan jantung.
“Berita ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan” jelasnya.
Majlis pengebumian mendiang yang berlangsung pada Khamis telah dihadiri oleh pelakon popular Bollywood antaranya Rishi Kapoor, Aamir Khan dan Kajol,
Terdahulu, Reema merupakan aktres popular sebagai watak ibu penyayang yang telah membintangi berpuluh-puluh filem terkenal Bollywood seperti Kuch Kuch Hota Hai, Hum Aapke Hain Koun, Kal Ho Na Ho dan Maine Pyar Kiya.
Sumber: Hindustan Times / IE Entertainment
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan

gempak
21/03/2023
12:50 MYT
Takutnya, semoga Salman dilindungi.
Laman Utama

[VIDEO] “Tahniah, Anak Rahul Dah Besar” - Anjali Kuch Kuch Hota Hai Kini Bertunang, Ramai Rasa Macam Tak Percaya

gempak
03/01/2023
03:40 MYT
Tahniah Anjali
Laman Utama

Foto Shah Rukh Khan Di Tanah Suci Tular, Betul Ke Tunai Umrah? Peminat Komen - “Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
02/12/2022
01:56 MYT
Doakan yang baik-baik untuk Shah Rukh Khan.
Laman Utama

Kena Patuk Ular Tiga kali, Salman Khan Tetap Selamba Sambut Birthday Ke-56 Tahun

gempak
28/12/2021
03:21 MYT
Kuatnya Salman Khan ni.
Covid-19

“Antara Sebab Utama Cepat Sembuh…” - Vaksin Penyelamat, Arjun Rampal Pulih COVID-19

gempak
24/04/2021
11:30 MYT
Arjun saran ambil vaksin secepat mungkin.