Berita
Pelakon Komedi Tempelak Sikap Pembangkang Mempersoal Tabung Harapan Malaysia
Pelakon komedi popular, Farouk Hussain menempelak sikap parti pembangkang yang mengkritik tindakan rakyat negara ini menghulurkan sumbangan terhadap tabung berkenaan.
Kementerian Kewangan semalam menyatakan kutipan tabung itu sudah mencecah sehingga RM18.6 juta hasil sumbangan orang ramai untuk membantu kerajaan membayar hutang negara.
Farouk menerusi satu status di Instagramnya berpandangan manifesto Pakatan Harapan tidak mempunyai kaitan terhadap kewujudan tabung berkenaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.
Sebaliknya, dia meminta agar pihak pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.
"Jika rakyat berhasrat menyumbang, itu adalah keputusan rakyat," katanya.
Baginya, rakyat negara ini berhak membuat keputusan sepertimana mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
"Majulah ke hadapan dalam membentuk masyarakat yang lebih baik daripada membuat kenyataan yang tidak perlu," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @faroukhussain1967
Must-Watch Video