,
Advertorial

Pelajar Ikat Perut & Puasa Sebab Nak Jimat? Jangan Lihat Saja! Inilah Saluran Bantuan Yang Anda Perlu Tahu!

Hanafis Haris
08/01/2020
07:44 MYT
Kita dilahirkan tidak sama. Ada yang mewah dan ada yang jauh kurang mewah.Itu realiti yang perlu kita 'hadam' bersama.
Masih ramai di luar sana yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan meskipun hanya untuk sesuap nasi.
Begitu jugalah pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading, tidak semua datang dari keluarga kaya raya.
Hakikatnya, masih ramai yang 'bertarung nyawa’ untuk hidup.
Malah, hingga hari ini masih ada pelajar yang terpaksa ikat perut, makan hanya sekali sehari, kerap berpuasa ataupun sekadar makan sebuku roti untuk tahan lapar.
Semua itu realiti guys!
Namun, siapa sangka rupanya Food Bank Malaysia turut mempunyai satu lagi cabang khusus untuk pelajar universiti yang dikenali sebagai Food Bank Siswa.
Tapi apakah sebenarnya Foodbank Siswa ini? Apa pula kaitannya dengan Foodbank Malaysia?

#1 Dua Jenis Bantuan

Pada yang belum tahu, program Food Bank Malaysia merupakan inisiatif bank makanan yang mula dilaksanakan tahun lalu oleh Kementarian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Sebanyak 476,250 isi rumah berpendapatan bawah RM940 sudah menerima faedah daripada program ini.
Difahamkan, sebanyak 1,984 Metrik Tan lebihan makanan telah diselamatkan dan diagihkan semula. Tapi bagaimana pula Food Bank Siswa?
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program berkenaan bertujuan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan.
Bantuan ini terdiri daripada dua jenis iaitu ‘food pantry’ dan ‘central kitchen’.
Sehingga kini 21 Universiti Awam telah bekerjasama dengan membabitkan sebanyak 12,429 penerima (Sehingga November 2019). Cayalah!

#2 Tumpu Golongan B40

Antara kriteria penerima adalah pendapatan ibu bapa pelajar mestilah tidak melebihi RM2,500.
Namun, jumlah itu tidaklah semestinya perlu tepat kerana ia juga bergantung pada jumlah isi rumah yang ditanggung ibu bapa.
Dengan pengagihan secara telus ini, tiada lagilah pelajar yang terpaksa ikat perut tak makan bukan?

#3 Pengagihan Tiga Kali Seminggu

Jangan tak tahu, pengedaran bantuan bukan dibantu hanya sekali saja, ia sebaliknya berterusan hingga tiga kali seminggu.
Difahamkan bantuan akan diberi pada jam 5 petang hingga 7 petang setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
Bantuan pula terdiri daripada bungkusan makanan yang sudah dimasak ataupun bahan mentah.

#4 Pengedaran Di Luar Kampus, Terus Ke…

Jangan tak percaya, pengedaran makanan ini juga diperluaskan hingga ke luar kampus.
Pihak universiti menerusi sukarelawan pelajar akan mengagihkan barangan ke rumah sewa pelajar untuk mereka masak, makan beramai-ramai bersama rakan mereka.
Difahamkan agihan ini membabitkan 100 pelajar dalam kampus manakala luar kampus pula seramai 200 orang.

#5 Terima Bantuan Dari Syarikat Besar

Program cetusan Foodbank Malaysia nampak gayanya telah menerima sokongan hebat apabila banyak syarikat tampil memberi sumbangan.
Difahamkan, Tesco, Nestle, 99 Speedmart dan Legasi Sufi antara yang berhati murni memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar ini.
Sumbangan pula diberi sekitar dua minggu sekali. Makanan ada, barang mandian pun ada. Nice kan!

Jadi Apa Anda Boleh Lakukan?

Foodbank Malaysia mengalu-alukan bantuan tidak kiralah dari segi tenaga ataupun barangan makanan.
Jika anda mempunyai lebihan barangan makanan yang masih elok, bolehlah sumbangkan kepada saluran Food Bank Malaysia.
Jika anda mahu terlibat dengan aktiviti bermanfaat anjuran Foodbank, anda boleh menyertai bahagian sukarelawan.
Jika anda nak lihat segala info berkaitan Food Bank ini, anda boleh tonton program kongsije yang mempunyai tujuh episod yang sudah pun mula ditayangkan.
Apa tunggu lagi jom #kongsije dan jangan lupa follow Facebook Foodbank Malaysia untuk berita dan pengumuman terkini.
Jika mahu lebih lagi maklumat, anda boleh layari laman web ini, www.foodbankmalaysia.org/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar