gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Arrora Salwa Tak Kisah Dikecam Lepas Tular Video Campak Buku Anak - “Kamu Adalah Tanggungjawab Mommy, Orang Lain Boleh Pergi…”
HIBURAN
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mahu Cuba Nasib Di Malaysia, Ada 2 Pelakon Reza Rahadian Teringin Bekerjasama - “Saya Looking Foward Untuk…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
31/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Cuba Nasib Di Malaysia, Ada 2 Pelakon Reza Rahadian Teringin Bekerjasama - “Saya Looking Foward Untuk…”
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian mengakui dia sudah bersedia untuk melebarkan sayapnya ke industri perfileman Malaysia.
Kongsi Reza, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk berlakon di Malaysia namun, terpaksa melepaskan disebabkan jadual kerja yang terlalu padat.
“Sudah tentu saya terbuka untuk mencuba nasib dan melebarkan sayap di Malaysia.

“Memang sebelum ini ada beberapa tawaran, tapi jadual saya ketika itu tidak mengizinkan,” katanya kepada Gempak.

Reza berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem Habibie Dan Ainun juga berkongsi dia mempunyai hasrat untuk berlakon bersama Zizan Razak.
Reza juga menyatakan dia turut mengagumi lakonan dari aktres terkenal, Sharifah Amani.
“Saya looking forward untuk bekerjasama dengan Zizan Razak. Saya juga ada impian nak bergandingan dengan pelakon wanita Malaysia yang saya sangat kagumi iaitu Sharifah Amani.

“Sharifah Amani seorang pelakon yang hebat, saya sangat kagumi dengan bakatnya,” jelasnya.

Sekadar info, Reza telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Filem (Excellent Achievement in Film) sempena penganjuran MIFFest tahun ini.
Topic Berkaitan
#Zizan Razak
#Berlakon
#Sharifah Amani
#Reza Rahadian
#Bersama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement