,
Hiburan

Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

Asyikin Mayudin
03/09/2024
01:55 MYT
Hukuman yang dikenakan kepada pendakwah bebas, Da’i Syed atas tuduhan merogol turut mendapat perhatian seorang aktivis yang juga peguam iaitu Asiah Abd Jalil.

2 perkara ganggu fikiran

Menerusi perkongsian di Facebook, Asiah memganggap Da’i Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil selain terdapat dua perkara yang mengganggu fikirannya berhubung kes melibatkan pendakwah selebriti itu.

“Kes rogol dan kes zina harus dibezakan. Sekiranya “mangsa” ialah seorang wanita dewasa yang rela, ia bukan kes rogol.’

“Apatah lagi jika fakta kes menunjukkan laporan polis mengenai rogol, hanya dibuat setahun selepas kejadian, itu pun setelah si lelaki menolak cinta si wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Menitik Juga Air Mata Ketika Dengar Hukuman..” - Da'i Fuad Minta Netizen Henti Kecam Isteri & Anak Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

“Zina bukan rogoil. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita,” kongsinya.

Tiga kali peringkat mahkamah

Pada perkongsian yang sama, Asiah turut memaklumkan setiap tertuduh yang dituduh dalam mana-mana kes jenayah berhak mendapat tiga kali peringkat mahkamah iaitu mahkamah bicara, mahkamah rayuan dan mahkamah rayuan kedua.
“Penangguhan pelaksanaan hukuman setelah peringkat pertama mahkamah, sepatutnya diberikan kepada pesalah. Tidak kiralah apa pun circumstances nya.

“Pesalah masih ada ruang untuk dua peringkat mahkamah rayuan lagi. Mahkamah bicara tidak sewajarnya memutuskan dari awal, bahawa rayuan kelak pasti tidak akan berjaya.

“Bagaimana jika rayuan nanti berjaya? Siapa nak kembalikan kebebasan pesalah yang telah hilang, sepanjang dia menjalani hukuman sebelum rayuannya didengar?” katanya.

Nasib malang

Sementara itu, Asiah turut berpendapat Da’i Syed bernasib tidak baik dan kejadian itu berkemungkinan disebabkan pendakwah itu tidak membalas cinta mangsa.

“Saya rasa Dai Syed memang bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah. Mungkin kalaulah dia membalas cinta, tiadalah laporan rogol dibuat kepada polis.

“Hari ini Dai Syed kena. Esok lusa bila ada ahli keluarga atau kenalan anda menerima nasib yang sama, waktu itu mungkin anda akan persoalkan, adakah sistem keadilan jenayah kita benar-benar adil?’
“Untuk makluman, dalam kes Dai Syed, hakim bicara yang memutuskan tiada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain. (Dai Syed pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan).
“Hakim rayuan yang memutuskan ada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain. (Kes dikembalikan ke mahkamah bicara untuk sambung peringkat pembelaan).
“Hakim bicara yang memutuskan Dai Syed bersalah di akhir kes pembelaan, ialah Hakim yang lain. (Dai Syed didapati bersalah dan dihukum penjara 10 tahun serta 3 sebatan),” ujarnya lagi.

Tak libatkan pertukaran hakim

Beliau mendakwa, perbicaraan dalam kes rogol tidak seharusnya melibatkan pertukaran hakim demi mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap tertuduh.

“Pada pendapat saya, Hakim yang telah melihat sendiri demeanour ‘mangsa’ semasa memberi keterangan di mahkamah, beliaulah yang paling tepat menilai, adakah rogol benar-benar berlaku kepada 'mangsa'.

“Sebab itulah demi keadilan, dalam perbicaraan kes rogol, jangan tukar Hakim. Hakim yang sama sepatutnya mendengar kes dari awal hingga akhir.
“Saya merasakan Dai Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil. Semoga ada sinar untuknya di peringkat rayuan kelak,” katanya lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.