,
Laman Utama

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3

Maliah Surip
29/05/2023
06:50 MYT
Luar biasa! Filem Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Sebelum naskhah arahan perdana Syafiq Yusof ini ditayangkan, bukan hanya duo cops Zizan Razak dan Shaheizy Sam sahaja berdebar dengan pembikinan dan penerimaan terhadap Polis Evo 3 tetapi salah seorang aktor, Fauzi Nawawi mengaku cukup tertekan sebaik sah menjadi keluarga baharu tim tersebut.
Fauzi mengatakan menggalas cabaran besar apabila terpilih membawa watak ACP Farouk.
Menurut suami pelakon Lisdawati tersebut, tekanan yang dirasai bukan hanya kerana Polis Evo sudah menjadi francais yang mempunyai pengikut tersendiri sebaliknya kerana diberi kepercayaan membawa watak ketua atau ACP Farouk.
“Saya memang agak tertekan membawakan watak ACP Farouk kerana perlu berlakon sebagai ketua dalam tim Polis Evo.
“Tapi saya sangat teruja kerana berjaya mendapatkan watak ini. Untuk pengetahuan semua saya bukan dipanggil begitu sahaja, tapi menjalani uji bakat dan lulus membawa watak ini.
“Sebab itu walaupun stress saya rasa bertuah. Lagipun semangat saya kecil tapi payment besar!
“Penglibatan saya dalam tim ini sangat berbaloi,” katanya sambil berseloroh penuh semangat sewaktu ditemui dalam sidang media PE sebelum ini.
Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Sebelum ini, industri filem tanah air menyaksikan edisi sulung filem Polis Evo pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta, sementara Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah kutipan RM23 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

gempak
22/06/2024
02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Hiburan

"Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi

gempak
27/01/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi mendedahkan pernah berdepan pengalaman tidak dibayar selepas membuat persembahan beberapa tahun lalu.
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.