,
Laman Utama

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!

Izwan Isa
29/05/2023
03:20 MYT
Selepas empat hari tayangan rasmi dan tayangan awal (sneak preview) di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau.
Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan luar biasa ini membuktikan bahawa penonton masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti.
“Jutaan terima kasih kepada semua. Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop Productions, TGV Pictures, rakan-rakan media serta pihak pawagam yang banyak membantu melakar kejayaan Polis Evo 3.
“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.
“Hujung minggu lalu kami telah memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan kehadiran kami di sana telah disambut dengan meriah oleh ribuan penonton serta peminat. Ada dalam kalangan penonton yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Nantikan kunjungan kami bersama barisan pelakon Polis Evo 3 di Utara pada hujung minggu ini pula,” katanya.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.
Laman Utama

Inspektor Julie PE3 Dah Bersalin, Farali Khan Pilih Nama Anak, Zaynab Ashura Khan

gempak
04/09/2023
07:55 MYT
Sedapnya nama baby girl Farali Khan ni.
Laman Utama

Astro Rewards Polis Evo 3 Rekrut, Saksikan #PE3 Di Astro First & Berpeluang Menang Meet & Greet Bersama Pelakon

gempak
11/08/2023
12:50 MYT
Saksikan Polis Evo 3 di Astro First dan berpeluang untuk menang!