,
Laman Utama

Pantai Lahad Datu Penuh Sampah, Netizen Salahkan Warga Asing – “Benda Ni Jadi Sebab Pendatang”

Gempak
07/12/2023
07:55 MYT
Sikap suka buang sampah merata-rata sememangnya masih tidak dapat dikikis dalam kalangan rakyat Malaysia.
Buktinya dapat dilihat menerusi perkongsian foto yang dibuat oleh akaun Isu Semasa Viral di Platform X baru-baru ini.

BERiTA TRENDING: "Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma

Menerusi hantaran berkenaan, akaun tersebut berkongsi satu gambar yang menunjukkan Kawasan pantai di Lahad Datu, Sabah yang dipenuhi dengan sampah-sarap.
Apa yang lebih memeranjatkan, jumlah sampah yang dibuang begitu banyak sehinggakan kawasan pantai tidak dapat lagi dilihat. Kecewa dengan foto tersebut, ada segelintir netizen mula menyalahkan warga asing bahawa mereka adalah punca kepada permasalahan tersebut.
“Saya sebagai orang Sabah pun kecewa tau keadaan sampah macam ni, satu lagi perkara, benda ni terjadi sebab pendatang asing lah juga,”
“Sana banyak warga asing. Serius kadang-kadang dapat nama busuk pun sebab pendatang asing. Memanglah orang Malaysia ada buang, tapi dengan lambakan pati, nama Malaysia juga jadi kotor.”
Dalam pada itu, ada juga sebahagian warganet yang menyuarakan solusi tentang masalah pembuangan sampah melampau di kawasan berkenaan.
“Kena gotong-royong dan menteri kena turun padang juga, baru nampak sama-sama nak bersihkan,”
“Kena buat undang-undang cara mendidik pada rakyat. Contoh saman RM10 - RM15 kalau tertangkap buang sampah.”
Setakat artikel ini ditulis, ciapan itu berjaya meraih lebih 100,000 tontonan dan 900 tanda suka oleh netizen.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.