,
Laman Utama

“Orang Mudah Menghina Saya, Tapi Mereka Lupa Hidup Ini Allah Tentukan” - Air Mata Azwan Ali Tumpah Gara-Gara…

Hanafis Haris
08/09/2020
10:32 MYT

Pengacara terkenal Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya apabila orang ramai mudah menghina dan mencacinya di media sosial.

Menurut Azwan, mereka mungkin lupa bahawa hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Hari ini bila saya dah keluarkan produk minyak angin saya, perasaan sebak tu membuak-buak.

“Saya sebak sangat bila memikirkan selama ini mudah betul mereka hina dan kecam saya.

“Mungkin mereka lupa yang hidup ini semuanya Allah tentukan,” katanya.

Menurut Azwan Ali lagi, kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan arwah bapanya iaitu Haji Ali.

“Sebenarnya ada kisah jugga di sebalik produk minyak angin saya ini. Kalau nak tahu dulu arwah ayah selalu masak minyak urut.

“Waktu tu saya kecil lagi depan mata saya dia masak.

“Ayah memang pandai masa minyak angin gunakan ramuan tradisinya.

“Jadi saya sebak sangat. Tak terfikir pula saya akan mengeluarkan produk yang khasiat dan keberkesanannya sangat sama,” katanya.

Azwan Ali berkata demikian ketika majlis pelancaran minyak angin Diva AA See My Level di restoran Duchess Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan, minyak angin Diva AA See My Level ini berkesan untuk mengurangkan sakit sendi, lutut, kepala dan sengal-sengal badan.

Anda boleh dapatkan di sini https://shopee.com.my/Minyak-Angin-Diva-AA-i.305141868.4350986481
Dalam pada itu, anda boleh ikuti perkembangan Azwan Ali di Instagram @divaazwanaavazzztersohor1 dan Twitter @DivaAATersohor
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.