,
Laman Utama

"Orang Berkemban Ni Ha..." - Zarina Anjoulie Geram Pelanggan Restoran Ibu Semberono Masuk Dalam Rumah, Dah Halau Pun Degil!

Amri Hassan
31/01/2022
03:50 MYT
Pelakon filem Hantu Kuat Ketawa, Zarina Anjoulie berang apabila ada pelanggan restoran ibunya yang masuk ke dalam rumahnya tanpa kebenaran.
Biarpun sudah dinasihati secara baik untuk keluar, dedah Zarina atau lebih mesra disapa Anju, ada antara mereka yang tidak makan saman.
"Aku tak faham manusia ni dah makan kat kedai mak aku pastu nak jalan-jalan masuk sampai rumah aku.
"Yang menjengkelkan dah suruh keluar macam tak faham bahasa. Bukan seorang, satu kampung pula tu. Aku dah cakap sekali tak faham bahasa pastu kau marah aku suruh cakap elok-elok.
"Orang berkemban ni ha kat rumah, kau bawa anak-beranak kau. Believe it or not, ada yang sampai masuk rumah duduk buat macam rumah sendiri.
"Tapi bila aku keluar bilik mereka lari sambil cakap 'ek ada orang, lari... lari...'. Means kau tahulah ini rumah orang," kongsi Anju.
Tambah Anju, tindakannya empat kali menasihati kumpulan individu tersebut beredar tak diendahkan.
"Empat kali aku suruh kau keluar tak menyirap aku ????! Come on please respect other peoples privacy. Kat luar aku dah memang jadi hal netizen ok fine tapi takkan sampai kat rumah aku sendiri pun aku takde privasi!" luahnya.
Tindakan individu berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan beranggapan ia perilaku yang biadab.
"Mereka ingat rumah Anju tu muzium ka nak masuk-masuk.
"Manusia kadang-kadang tak ada common sense, makan kedai tu makan sajalah, lepastu balik.
"Gila ke sampai masuk rumah. Eloklah you cakap direct gitu. Adab mana?
"Lepas ni kena letak signboard 'dilarang masuk'," tulis beberapa pengguna media sosial.
Umum mengetahu, ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid merupakan salah seorang cef popular dan memiliki restoran Aunty Aini's Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan.
Restoran itu antaranya pernah dikunjungi cef antarabangsa, Anthony Bourdain dan Martin Yan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.