,
Sukan

Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Jadi Harapan Jelmakan Kilauan Emas – “Saya Sangat Teruja Untuk Olimpik Kelima Dan Terakhir Saya”

Khairil Khusyairi
06/08/2024
05:55 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bersedia dalam menghadapi saingan dalam acara pecut di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines pada Rabu.

Olimpik Terakhir

Azizulhasni atau digelar The Pocket Rocketman tekad untuk memberikan yang terbaik dalam penampilan kelimanya di pentas Olimpik.
Malah, Azizul yang mesra disapa Jijoe juga bangga apabila mewakili kontinjen Malaysia dalam memburu pingat emas pertama negara.

“Saya sangat teruja untuk memulakan pertandingan esok untuk Olimpik kelima dan terakhir saya.

“Mewakili kontinjen Malaysia merupakan pengalaman paling tidak boleh dilupakan dalam kerjaya saya.

“Bangga untuk memberikannya kali terakhir,” tulisnya.

Terdahulu, Azizul tanpa berselindung tekad menghadiahkan emas sulung di Olimpik Paris 2024.
Selain Azizulhasni, cabaran skuad berbasikal trek negara turut akan digalas Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Skuad berbasikal trek negara sebelum ini membuat persiapan selama dua bulan menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Belgium dan Sepanyol.
Sebelum ini, Azizulhasni dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hampir merealisasikan emas pertama negara di Olimpik.
Azizulhasni sebelum ini telah meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Ketenangan The Pocket Rocketman; Khatam Al Quran & Bawa Pulang Pingat Perak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Azizulhasni Awang Bangga Cerita Bapa Menang Pingat Perak Olimpik Dalam Kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Perak Untuk Keirin Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang Tetap 'Emas' Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: RM300,000 Harga ‘Jentera’ Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus. Moga Berbaloi Dengan Kilauan Pingat Untuk Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Fakta Datuk Azizulhasni Awang; Berat Naik 10kg Sehingga Kisah Pakaian Lumba RM13 Juta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

gempak
02/09/2024
17:08 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.