,
Laman Utama

Netizen Suka Tengok Majlis Pernikahan Nurul Izzah Yang Simple - “Trend Macam Ni Yang Patut Dicontohi”

Izwan Isa
07/08/2022
23:50 MYT
Ramai dalam kalangan netizen yang agak terkejut apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan tentang pernikahannya dengan penyelidik daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong minggu lalu.
Nurul Izzah menerusi kemas kini Facebooknya menjelaskan, dia dan Shao Loong semalam disatukan pada petang 5 Ogos 2022 dengan berwalikan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita berusia 42 tahun itu turut meminta agar pengikut di media sosial dan juga orang ramai supaya mendoakan agar semuanya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.
Lantaran daripada itu, ramai yang memuji penampilan Nurul Izzah pada hari perkahwinannya menerusi foto-foto yang dikongsi.
“Simple wedding… tudung bawal je. It’s been such a long time ago since we saw YB Nurul so happy and smiling so freely. Congratulations and wish you the best.”
“Kerana yang menunjukkan bahagia itu di riak muka, bukan busananya.”
“Trend macam ni yang patut dicontohi. Kahwin tak perlu pening kepala. Duit simpan untuk lepas kawin. Honeymoon seminggu dua. Jimat pergi time ni sebab balik dah jadi bertiga. Duit tiket untuk extra passenger guna kat Malaysia pulak.”
Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.
Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Gaduh Bukan Untuk Bercerai..."- Isteri Ustaz Don Dedah 11 Tahun Cabaran Berkahwin

gempak
24/08/2023
05:34 MYT
Isteri Ustaz Don akui selalu bergaduh dalam rumah tangga
Laman Utama

Sah, Noh Salleh & Peguam Tamat Zaman Duda 23 September Ini

gempak
10/08/2023
09:00 MYT
Noh bakal berkahwin tak lama lagi, tahniah.
Laman Utama

[VIDEO] “Alhamdulillah…” - Hafeez Mikail Kini Suami Noor Azira, Sebak & Menitiskan Air Mata Selepas Akad Nikah

gempak
07/05/2023
05:50 MYT
Selamat pengantin baru Hafeez dan Azira.
Laman Utama

[VIDEO] Nad Zainal Minta Nasihat Nurul Izzah Cara Hadapi Kecaman - “Untuk Mereka Yang Dikecam & Mengecam…”

gempak
17/04/2023
04:50 MYT
Nad minta tips daripada anak PM!
Laman Utama

“Nasihat Saya Kepada Yang Belum Kahwin Lagi…”- Neelofa Kongsi Pengalaman 2 Tahun Berkahwin

gempak
02/04/2023
05:19 MYT
Neelofa dan PU Riz sambut anniversary kedua