,
Laman Utama

Netizen Sound Deepika Padukone Lelong Baju Yang Dipakai Di Majlis Kematian

Maliah Surip
18/08/2021
14:45 MYT
Niat Deepika Padukone untuk melelong dua helai bajunya berakhir dengan kecaman netizen.
BollywoodLife melaporkan, aktres tersebut berhasrat melelong dua helai baju jenis kurta miliknya yang kemudian akan disumbangkan kepada The Live Love Laugh Foundation.
Malangnya, tindakan bintang berusia 35 tahun tersebut mengundang kecaman lantaran dua helai kurta yang pernah dipakai tersebut dikenakan sewaktu menghadiri upacara pengebumian.
Hal itu membuat netizen berasa tindakan Deepika mahu melelong pakaian yang dipakai ke tempat 'kurang baik' sebagai tidak sebuah aksi gagal dengan menggunakan tanda pagar #epicfail.
Diketahui, sehelai kurta polos yang mahu dilelong telah dipakai sewaktu menghadiri majlis pengebumian pelakon Jiah Khan sementara sehelai lagi disarung sewaktu menghadiri majlis bapa Priyanka Chopra pada tahun 2013.
Salah satu kurta tersebut pula kemudian dikatakan netizen bukan dari rekaan pereka adibusana, sebaliknya hanya dari jenama Zara dan mahu dilelong dengan harga disifatkan agak mahal.
Netizen juga berpendapat kedua helai kurta tersebut tidak layak dilelong kerana 'usia' baju yang terlalu lama.
"Jangan membenarkan ini dengan melakukannya untuk amal. Kamu tidak usah menjual kembali Zara, apalagi yang sudah dipakai 10 atau 5 tahun lalu. Berikan saja pada pembantu rumah kamu," tulis seorang netizen.
Sebagai seorang bintang yang sering dibayar dengan harga tinggi dan memiliki banyak koleksi pakaian lebih bagus untuk dilelong, tindakan Deepika disifatkan sebagai tidak sensitif.
Menurut laporan sama, netizen memberi cadangan agar baju tersebut lebih manis diberi percuma kepada mereka yang memerlukan.
Malah mereka berharap tidak ada peminat yang membeli pakaian tersebut dengan harga mahal walaupun hasilnya kemudian disumbangkan.
Kredit Foto: BollywoodLife Instagram: @deepikapadukone
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar