,
Laman Utama

Netizen Sindir Terpaling Pearl, Madammu Tak Naik Hantu - “Saya Okay, Dah Lama Tak Viral…”

Mya Amri
11/11/2023
02:55 MYT
Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak cepat melatah apabila netizen menyindirnya dengan gelaran ‘Terpaling Pearl’.
Gelaran itu diberikan kepada Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu hanya kerana usahawan cantik ini memberikan pandangan dengan mengatakan aksesori itu tidak sesuai dipadankan dengan fabrik denim.
Menjelaskan tentang perkara itu, Madammu berkata video tular di media sosial itu hanya memaparkan sedutan pendek yang berkemungkinan membuatkan orang salah faham.
“Yang orang kecam itu dekat satu video dan video itu pula pendek sahaja kerana sudah disunting. Jadi saya tak boleh lah nak marah dekat mereka.
“Sebab mereka menilai berdasarkan video pendek yang tidak sampai seminit itu, jadi saya kena terimalah. Mereka pun ada pandangan masing-masing,” jelasnya.
Madammu menjelaskan perkara itu dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam pada itu, Madammu juga berkata dia tidak kisah dirinya menjadi tular asalkan bukan kerana perkara yang tidak baik.
“Sebenarnya bukanlah merketing tetapi bila viral ni bagi saya kalau viral fasal pearl tu saya okay sahaja.
“Tapi kalau viral sebab benda yang pelik pelik, jahat, hodoh atau maki hamun orang tu saya tak mahu lah. Kalau mengenai komen itu biasalah.
“Komen seseorang itu melambangkan katakter dia, jadi kita tidak boleh nak menilai dia. Saya pun dah lama sebenarnya tak viral tu, okay jugak lah,” ujarnya.
@noir_fizastokis ualls jangan terlalu negatif tanpa melihat jalan cerita sebenarnya ya..takut timbul fitnah plk, tp xpe.. madam xambk hati. .pendapat masing2 kan..ape2 pun kita perlu sentiasa positif..senyum selalu #fypシ゚viral #noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia #kecam #pearl #terpalingjuara ♬ original sound - Fiza Stokis NOIR

BERITA TRENDING: Netizen Perli Madammu Salah Sebut ‘Pearl’, Tapi Beri Nasihat Tentang Fesyen - “Sebut Pearl Pun Nda Lepas”

Terdahulu, Madammu menitipkan pesan kepada pengikutnya supaya berhati-hati dalam mengenakan perhiasan jenis mutiara.
Menurut Madammu, perhiasan itu tidak sesuai jika dipadankan dengan pakaian ranggi lebih-lebih jika seseorang itu mengenakan seluar jeans.
Bagaimanapun, pesanan Madammu itu menerima reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar