HIBURAN
Netizen Puji Bridesmaids Eyka Farhana, Cantik & Tak Overshadow Pengantin - “Relax Je Dorang, Tak Ada Pun Nak Pakai Veil Atau Cucuk Sanggul”
Busana pengiring pengantin (bridesmaids) pelakon, Eyka Farhana mendapat perhatian dan sekaligus menjadi bualan netizen di media sosial.
Penampilan bridesmaids dipuji cantik, tak over
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok personaliti televisyen, Shalma Aina, jelas kelihatan kesemua pengiring pengantin yang terdiri daripada barisan selebriti iaitu Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Alicia Amin, Sophia Liana dan Yaya Zahir sedang tersenyum melihat pengantin.
Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat begitu gembira melakukan trend TikTok popular iaitu tarian daripada salah seorang bintang Indonesia Idol 13, Fajar menerusi lagu Putri Iklan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji busana yang disarungkan mereka kerana tidak terlalu menonjol daripada pengantin.
Malah busana mereka juga kemas, tidak terlalu sarat dan amat bersesuaian dengan personaliti masing-masing, pemilihan warna juga turut mendapat pujian netizen.


Berikut merupakan video penuh yang dikongsi Shalma:
@shalmaainaa Bbgal is married !!!! @Eykafarhana 🥹🥹🤍🤍✨✨ #eykaakhyarnya ♬ original sound - indonesianidolid
Untuk info, Eyka Farhana dan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selamat bersatu dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup pada Jumaat.
Majlis pernikahan yang diadakan sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Eyka Farhana dan Akhyar Rashid Sah Bergelar Suami Isteri, Terima Mas Kahwin RM3,200
ARTIKEL BERKAITAN:"Doakan Kebahagiaan Kami Sampai Ke Jannah" – Eyka Farhana
ARTIKEL BERKAITAN:Manis Sedondon, Eyka Farhana Teruja Beraya Di Kampung Akhyar Rashid – “Raya Kedah Memang Sempoi Bakhang”
ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Diam, Rupa-Rupanya Eyka Farhana Dah Bertunang Dengan Akhyar Rashid - “Salam Tunangku”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Akhyar Rashid Longlai Di Padang Gara-Gara Eyka Farhana Tak Datang Support – “Patut Akhyar Tak Boleh Skor”
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Must-Watch Video