HIBURAN
Terjatuh Di Gunung Rinjani, Abang Ipar Riezman Khuzaimi Meninggal Dunia
Abang ipar kepada pelakon, Riezman Khuzaimi iaitu Rennie Abdul Ghani dilaporkan meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Sabtu.
Berita itu disahkan sendiri oleh Riezman menerusi hantaran komen di Facebook Hiking And Recreation around Malaysia ( H.A.R.A.M)
“Subhanallah abang ku,” komen Riezman disertakan dengan gambar hitam putih arwah.
Ketika dihubungi Gempak, Riezman memaklumkan keluarganya sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia.
Bagaimanapun, Riezman tidak sempat untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan meminta pihak Gempak untuk menghubungi pada keesokan harinya.
"Kami tengah tunggu update bagaimana pengurusan untuk bawa balik jenazah," katanya ringkas.
Terdahulu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.
Pihak taman negara menjelaskan pendaki, yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.
RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.
Must-Watch Video