HIBURAN
Berada Di Fasa Bahagia, Misha Omar Doakan Kebahagian Dayang Nurfaizah - “Menang AJL Dulu pun Senyum Tak…”
Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa gembira melihat rakan seangkatannya, Dayang Nurfaizah yang kini dilihat sedang menikmati fasa kebahagiaan dalam hidupnya.
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Misha menyatakan tidak pernah melihat senyuman temannya sebahagia itu.
“Tak pernah tengok senyuman Dayang sebahagia ini. Menang AJL dulu pun senyum tak selebar itu,” katanya.
Pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu turut menitipkan doa agar Dayang sentiasa diberikan kebahagiaan dalam apa jua keputusan yang diambilnya.
“Glowing betul dia sekarang, tak kisahlah Dayang, kita semua nak Dayang bahagia. Saya terus mendoakan. Misha sayang Dayang,” tambahnya.
Terdahulu, Dayang Nurfaizah tampil mengulas mengenai spekulasi yang mendakwa dirinya kini sedang mengenali seseorang secara rapat.
Meskipun tidak mengesahkan secara terperinci, penyanyi berusia 43 tahun itu tidak menolak kemungkinan sedang dalam fasa perkenalan, namun menyerahkan sepenuhnya soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.
Must-Watch Video