,
Laman Utama

Netizen Kritik Poster, Pelakon Filem 'Sazali Meor Coco', Ini Komen Zizan Nin!

Amri Hassan
24/11/2023
06:51 MYT
Menekankan isu kritikan sosial yang dihadapi generasi muda, filem pertama arahan Zizan Nin berjudul Sazali Meor Coco mendapat reaksi positif penonton.

BERITA TRENDING: "Bukan Kanser Tapi Kolesterol Tinggi" - Zizan Nin

Biarpun ada yang menganggap filem Sazali Meor Coco penuh kemarahan dan sarat sindiran, namun rata-rata penonton menerima isu yang diketengahkan dalam naskhah pertama terbitan Aquila Emas Sdn Bhd itu.
“Saya bersyukur mendapat rebiu positif penonton. Paling terharu, ada penonton yang berjaya kupas isu yang saya ketengahkan dalam filem dengan terperinci. Tema bergenre drama dan kritikan sosial bukan hiburan semata-mata, tetapi ada mesej sebaliknya.
“Sebagai pengarah dan penerbit, saya juga sudah dirisik oleh beberapa pihak yang ingin menganjurkan tayangan ekslusif di beberapa forum dan sesi akademik.
“Ini kerana isu yang diketengahkan relevan dengan realiti kehidupan hari ini. Sebenarnya, itulah cabaran saya mengarahkan filem ini, di mana saya perlu mencari titik temu untuk mengetengahkan ‘pressing issues’,” katanya.
Zizan tak nafikan, cabaran tetap ada dalam menyampaikan isu-isu berat dengan cara santai, ringan dan boleh diterima.
“Saya sengaja memilih paparan realiti kehidupan hari ini dengan mengetengahkan isu gelandangan, penderaan kanak-kanak, warga emas yang terpinggir, kemiskinan bandar, media sosial yang menjadi sebahagian kehidupan generasi kini, selain isu di belakang tabir,” katanya.
Poster dikritik Penerima trofi Pelakon Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 itu berkata, dia sudah melihat banyak hantaran dalam media sosial mengenai filem Sazali Meor Coco.
“Saya terharu ramai TikTokers, warganet dan penonton mula mengupas mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini.
“Saya tak kisah dikritik dan terima dengan hati dan minda terbuka. Bagi saya, itu lumrah dan hak masing-masing dalam menyuarakan pandangan.
“Saya juga ada membaca hantaran mengkritik poster filem. Apa yang boleh saya katakan, ini adalah karya kreatif, jadi ‘dont judge the book by it’s cover’,” katanya.
Mempertaruhkan tiga bakat baharu sebagai watak utama iaitu Syazani Zikry (Sazali), Coco (Iman Zulkarnanin) dan Meor (Shah Radhy), Zizan berkata, dia mahu melahirkan lebih ramai pelakon pelapis.
Bagi Zizan, apa yang penting adalah komitmen dalam menjayakan watak.
“Saya tak pandang populariti, sebaliknya semua barisan pelakon perlu datang uji bakat. Saya tidak kira sama ada pelakon nama besar atau bakat baharu.
“Ini kerana mereka perlu memberikan komitmen 100 peratus. Filem adalah projek besar dan serius,” katanya.
Sazali Meor Coco menceritakan tiga beradik iaitu Sazali, Coco dan Meor berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal.
Namun, impian yang ingin dicapai bukan mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai dugaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.