HIBURAN
Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Siti Saleha - “Selepas Ini Saya Akan…”
Tular sebuah video dimuat naik netizen menggunakan akaun TikTok bernama Sallywho yang mendakwa pelakon Siti Saleha kelihatan sedang hamil.
Enggan ulas lanjut
Enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai dakwaan netizen itu, Saleha bagaimana berkata dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita gembira buat masa ini.Menerusi perkongsian yang dimuat naik netizen itu memperlihatkan beberapa rakaman Siti Saleha ketika menghadiri acara Malaysia International Film Festival pada Ahad."Doakan yang baik-baik, insyaAllah. Mungkin good news soon," katanya kepada Gempak.
Individu tersebut mendakwa penampilan pelakon itu kelihatan seperti ‘baby bump’ dan berharap akan ada beriya gembira tidak lama lagi.
“Saya nampak baby bump! Adakah ada sebarang berita gembira?” tulis individu itu.
Dalam pada itu, Saleha atau lebih mesra disapa sebagai Sally juga memberitahu akan bercuti panjang seusai tamat menjalani penggambaran siri drama Astro Original berjudul Bad Cop.
"Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir saya sebelum rehat.
"Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun," tambahnya.
Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.
Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.
Must-Watch Video