,
Viral

"Nak Hempap Awie Ni Menyeramkan Juga" - Dalimawati

Amri Hassan
23/08/2018
01:48 MYT
Bintang utama filem Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail menyifatkan babaknya bersama Datuk Awie antara momen melucukan dan tidak boleh dilupakan.
Kata Dalimawati, selain badannya diikat dari atas dan perlu menjaga postur, dia juga pada mulanya teragak-agak untuk meneruskan babak menindih Awie.
"Saya diikat dari atas, memang biasalah sakit-sakit badan tu akan rasa.
"Kaki, pinggang dan celah kangkang paling sakit sepanjang shooting.
"Tetapi sebenarnya babak saya hempap Husin (lakonan Awie) itu menyeramkan juga. Tak sangka pula boleh buat," katanya.
Dalam pada itu, Dalimawati mengakui melakukan penggambaran di salah satu lokasi yang terkenal dengan kisah mistik memang menyeramkan.
"Siapa tak tahu Bukit Larut? Kalau selama ini dengar macam-macam cerita kali ini sendiri ke sana untuk penggambaran.
"Memang, ada masanya rasa seram sejuk juga," tambahnya.
Hantu Kak Limah telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kutipan melebihi RM20 juta sejak ditayangkan dua minggu lalu.
Filem ini merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Hantu Kak Limah menampilkan barisan pelakon popular antaranya Datuk Awie, Delimawati, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Jue Aziz, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

gempak
05/05/2024
08:53 MYT
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique