,
Berita

Nabila Huda, Tony Eusoff & Hafeez Mikhail Antara Muka Baru Dalam Ola Bola The Musical

Rozaimi Zubaidi
15/01/2019
11:39 MYT
Pelakon Nabila Huda, Tony Eusoff dan Hafeez Mikhail telah dipilih sebagai wajah baru dalam pementasan Ola Bola The Musical.
Menurut pengarah Ola Bola The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina kehadiran para pelakon baru yang dipilih adalah untuk mewarnai watak dalam pementasan teater pada tahun ini.
"Kehadiran pelakon seperti Hafeez Mikhail adalah dipilih berdasarkan ujibakat yang dilakukan untuk di memegang watak sebagai Eric.
"Sikapnya yang rajin untuk belajar membuatkan saya terbuka hati untuk menawarkan watak ini kepada dia memandangkan Hafeez juga mempunyai bakat dalam bola sepak, berlakon dan menyanyi.
"Kehadiran Tony Eusoff adalah sebagai Coach Harry Mountain dan dia merupakan calon yang sesuai kerana bakat yang ada pada dirinya dalam pementasan muzikal teater.
"Saya mengambil Nabila Huda dalam teater ini kerana dia merupakan pelakon yang hebat dan saya gembira dapat bekerjasama lagi dengan dia selepas berjaya menjayakan teater MUD the Muzikal," katanya kepada Gempak.
Tiara berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Ola Bola The Musical, di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.
Antara pelakon asal yang membintangi Ola Bola The Musical adalah Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.
Ola Bola The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini.
Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari (hari ini) di Buyticket.Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.