,
Laman Utama

"Muzik Kami Lebih Mudah Dicari..." - Norman Perjelas Kepentingan Kerjasama KRU Music Dengan Warner Music

Asraf Aided
23/03/2021
12:05 MYT
Label independen terkenal, KRU Music telah menandatangani perjanjian strategik bersama Warner Music dan anak syarikatnya yang menyediakan perkhidmatan label dan artis bebas, ADA, bagi pemasaran dan pengedaran muzik artisnya di serata dunia khususnya di Asia Tenggara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, kekuatan Warner Music mampu memudahkan carian muzik mereka di platform digital.
"Kami tak ada platform penstriman sebanyak yang Warner Music ada, mereka ada lebih kurang 400 platform penstriman seluruh dunia.
"Sekarang bukan lagi zaman orang beli CD seperti dulu, bagi saya, artis yang ada lagu di Spotify dan YouTube sudahpun menjadi artis global, tapi macam mana nak buat orang jumpa lagu kita?
"Oleh sebab itu, kami perlukan kekuatan yang ada pada Warner untuk memudahkan carian lagu lagu kami di platform penstriman," katanya.
Norman berkata demikian ketika ditemui di majlis pengumuman kerjasama KRU Music bersama Warner Music dan anak syarikatnya, ADA di pejabat urusan Warner Music Malaysia petang semalam.
Tambah Norman, kerjasama itu juga akan berpotensi untuk membuka lebih peluang kepada artis lain di Malaysia pada masa akan datang.
"Sebagai permulaan, kami masih menumpukan perhatian pada lagu-lagu di peringkat tempatan, kami berharap akan ada banyak peluang.
"Kalau projek ini berjaya, kita akan buka lebih lagi peluang untuk artis-artis tempatan.
"Kita harus ambil contoh syarikat rakaman atau label di Korea, mereka berjaya mempromosikan artis mereka di peringkat global walaupun menggunakan bahasa mereka sendiri.
"Jadi kita harus cari acuan kita sendiri kerana prospek sudah ada memandangkan saiz pasaran dari segi penduduk pun lebih kurang sama dengan negara kita," katanya lagi.
Pada sidang media pengumuman kolaborasi itu, KRU Music turut memperkenalkan barisan artis baru dibawah naungan mereka iaitu Dian Hashim, Fai Ramli , DJ Fateh dan Timur.
Fokus utama KRU Music kini tertumpu kepada genre 'dance', hip-hop dan pop manakala bagi genre muzik yang lain akan dikeluarkan oleh pelbagai sub-label yang baru dibawah pengurusan mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."

gempak
27/08/2024
09:25 MYT
Meskipun berkali-kali terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah, kumpulan Exist mengakui tidak pernah serik untuk bekerjasama dengan Mamat.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"

gempak
02/07/2024
17:07 MYT
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.