,
Hiburan

Muncul IG Baharu Nur Fatima Aisya, Hanya 'Collab' Ucapan Hari Jadi Dengan Fazura

Asyraf Roslan
02/10/2024
08:25 MYT
Sempena sambutan hari jadi keempat anak pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura, sebuah akaun Instagram baharu diwujudkan mendedikasikan ucapan khusus buat Nur Fatima Aisya.
Instagram yang menggunakan nama @nurfatimaisya itu berkongsi nukilan khas sempena hari istimewa Fatima.
“Hi Aunties and Uncle, Alhamdulillah, saya sangat bersyukur hari ini saya sudah genap 4 tahun.
“Saya sangat suka unicorn, pelangi, alat solek, buku-buku, maka makanan kegemaran saya, belajar di sekolah.
“Terima kasih kepada semua yang menyayangi saya dan doa-doa yang diberikan,” ujar Fatima menerusi hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Untuk Fatima Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Fattah Amin Luah Rasa Rindu Terhadap Anak - “Daddy Misses You…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Khas - "Mommy Akan Sentiasa Di Sisi Saat Susah & Senang"

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Ceria Fazura Ke Mahkamah Jadi Persoalan, Pengurus Minta Henti Buat Spekulasi - “Setiap Malam Dia Menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura

Namun hantaran tersebut hanya berkongsi 'collab' dengan ibunya, Fazura setakat ini dan ruangan komen juga masih dihadkan daripada komentar umum.
Menerusi pemerhatian Gempak, akaun tersebut sudah ikuti hampir 10,000 orang.
Sekadar info, sebelum ini perkembangan Nur Fatima dikemas kini menerusi akaun @Fattzuralovelife di laman Instagram.
Hantaran terakhir di akaun @Fattzuralovelife adalah ucapan hari jadi kepada ayahnya, Fattah Amin.
Sebelum ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Hiburan

Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

gempak
05/10/2024
04:02 MYT
Penyanyi Zynakal menyatakan dirinya tidak terasa hati apabila wajahnya sering menjadi bahan kutukan segelintir pihak.
Hiburan

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

gempak
05/10/2024
01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.
Hiburan

Aliff Aziz Tiada Mesej Tanya Soal Anak-Anak, Bella Astillah: “Saya Rasa Lebih Baik Begini”

gempak
04/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui bekas suami, aktor Aliff Aziz tiada menghubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
BorakSeeni